MONTANA – Seekor kucing betina bernasib baik apabila masih bernyawa meskipun seluruh badannya hampir beku selepas ditemui di bawah timbunan salji di Montana, Kanada baru-baru ini.
Kucing baka ‘moggy’ itu yang bernama Fluffy dikejarkan oleh pemiliknya ke klinik haiwan di Kalispell selepas didapati tidak memberikan sebarang tindak balas sebaik dijumpai dalam keadaan cuaca pada 8 darjah Celsius di bawah paras beku.
Selain diselimut dengan kain tebal, haiwan itu turut ‘dikejutkan’ menggunakan pengering rambut sebelum kembali bernyawa beberapa jam selepas itu.
Klinik terbabit yang memuat naik berita gembira itu menerima banyak pujian daripada netizen selepas mereka berjaya menyelamatkan nyawa Fluffy.
Tidak hanya sekadar berjaya menyelamatkan nyawa haiwan comel itu, klinik tersebut turut berbangga apabila Fluffy kini kembali sihat seperti sedia kala. – Agensi