Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

FAM Sudah Serah Laporan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menyerahkan laporan lengkap berhubung prestasi skuad...

ROS Nafi Dakwaan Luluskan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menafikan dakwaan agensi itu sudah...

Mesej Kaitkan TMJ Disiasat...

KOTA TINGGI – Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Britain Bakal Wujud Cukai...

LONDON - Kerajaan Britain buat julung kali akan mengenakan cukai gula ke atas...

Pengurus Ditahan Sengaja Reka Kejadian Samun

PENGURUS stesen minyak yang mendakwa wang tunai berjumlah RM35,000 kutipan hasil jualan seminggu premis itu lesap disamun seorang lelaki tidak dikenali Selasa lepas ditahan polis semalam selepas dia disyaki sengaja mereka-reka kejadian itu.

Wanita berumur 59 tahun itu disiasat kerana membuat laporan palsu selepas polis memperoleh maklumat wang tunai yang dikatakan disamun itu sebenarnya diambilnya dengan sebahagian sudah dibelanjakannya untuk berjudi dan menyambut Tahun Baharu Cina, kata Ketua Polis Daerah Seberang Tengah, ASP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid hari ini.

“Sebelum ini, wanita itu melaporkan beg tangannya yang mengandungi wang tunai itu serta barangan peribadi lain diragut seorang lelaki yang kemudiannya lari ke bahagian belakang stesen minyak. Keraguan timbul selepas bahagian belakang stesen itu didapati terdapat dinding zink tinggi yang tidak mungkin dapat dilalui sesiapa,” katanya.

Menurutnya rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh juga tidak menunjukkan sebarang kejadian samun yang didakwa oleh wanita berkenaan.

Katanya perintah reman terhadap wanita itu akan dipohon hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, dijalankan. – BERNAMA

Kategori