Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Penjaga Gol Negara...

KOTA BHARU – Bekas penjaga gawang negara era 70 dan 80-an, Abdul Hamid...

Pelakon Filem Lucah Ketagih...

GARA-GARA menelan pil bagi mencegah mati pucuk, seorang pelakon filem lucah terpaksa berhenti...

Michelle Obama Buat Kejutan...

DALAM kesibukan menjelajah mempromosikan buku biografinya, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle...

Kanak-Kanak Maut Treler Bapa...

SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas treler yang...

Penjelasan Felda Bukti Tuduhan PH Fitnah, Kata Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dengan penjelasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkenaan hutang sebanyak RM8 bilion yang ditanggung agensi itu membuktikan segala dakwaan terhadap dirinya dan BN adalah fitnah.

Beliau berkata, apa yang dijelaskan Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar merupakan kebenaran di sebalik penjelasan yang diberikan olehnya berkenaan hutang berkenaan sebelum ini.

“Alhamdulillah. Kebenaran muncul lagi pagi ini. Satu lagi propaganda PH dibuktikan sebagai fitnah.

“Selepas PRU14, saya beberapa kali menjelaskan bahawa kebanyakan hutang RM8 bilion yang ditanggung Felda ini sebenarnya dipinjam kepada peneroka,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Berdasarkan laporan NSTP, Othman menjelaskan kebanyakan daripada RM8 bilion hutang Felda merupakan hutang peneroka.

Othman juga berkata, Felda kini dalam misi untuk mencari cara meringankan hutang peneroka dan memaksimumkan potensi tanah tanah Felda malah pengurangan hutang akan dilakukan dengan cara yang memberi manfaat kepada peneroka dalam jangka panjang.

“Pagi ini, Pengurus Besar dan Pengarah Felda yang dilantik oleh kerajaan PH telah mengesahkan perkara itu di dalam media yang dikawal oleh kerajaan PH.


“Maka, terbuktilah saya tidak bohong tetapi PH sering memetik hutang Felda sebagai RM8 bilion untuk menuduh kerajaan BN dahulu dan saya,” katanya.

Dalam pada itu Najib turut menyindir Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin yang mendakwa Felda berdepan dengan krisis kewangan akibat pemerintahan UMNO-BN.

“Minggu lepas juga, Azmin tiba-tiba petik nama Allahyarham ayahanda saya untuk menyerang saya mengenai hutang RM8 bilion Felda ini. Seolah-olah wang RM8 bilion Felda ini telah disonglap, diseleweng, dibazir atau diberi kepada kroni.

“Ya, betul. Kroni saya adalah peneroka Felda. Kalau saya telah salah untuk menjaga ratusan ribu kroni ini, maka dakwalah saya lagi,” katanya. – Sinar Harian

Kategori