Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kenapa Tak Keluar Awal?

JOHOR BAHRU : Tindakan bekas Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang meletakkan jawatan...

Semua Rakyat Malaysia Perlu...

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Malaysia perlu menyokong penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS)...

Minyak Pesawat QZ8501 Hanya...

Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ 8501 yang dilaporkan hilang komunikasi dengan menara kawalan...

Usah Percaya Berita Tular...

MAKKAH - Umat Islam di Malaysia selain jemaah haji yang berada di Tanah...

Penyakit ‘Rusa Zombi’ Boleh Jangkiti Manusia

KITA pernah dengar tentang penyakit lembu gila dan anjing gila, namun bagaimana kalau keadaan yang lebih serius berlaku dalam kalangan rusa?

Pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) sudah mengeluarkan amaran tentang penyakit berjangkit membawa maut yang kini merebak di negara itu, melibatkan haiwan seperti rusa, elk, dan moose.

Portal The New York Post melaporkan, penyakit kemerosotan kronik (chronic wasting disease – CWD) itu yang juga dikenali sebagai ‘penyakit rusa zombi’, yang dikhuatiri boleh menjangkiti manusia.

Berdasarkan kajian, menjejaskan fungsi otak, saraf tunjang dan tisu-tisu lain dalam haiwan, sudah didokumentasikan di 24 negeri di AS sejak Januari, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Penyakit tersebut yang mengambil masa bertahun-tahun untuk simptom jangkitannya kelihatan dengan jelas, merebak menerusi cecair tubuh seperti najis, air liur, darah atau air kencing selain sentuhan secara terus dari persekitaran, lapor The Huffington Post.

Setakat ini belum ada sebarang rawatan mahupun vaksin dihasilkan.

Simptom berkenaan pada rusa, yang dikaitkan dengan rupa fizikal ‘zombi’, menyebabkan kehilangan berat badan secara drastik, langkah yang terhuyung-hayang, kehilangan koordinasi tubuh, air liur yang meleleh, telinga yang melepek, selain kehilangan rasa takut pada manusia serta tindakan agresif.


Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi tentang transmisi kepada sistem tubuh manusia, beberapa pakar kesihatan yang sedang bertungkus-lumus membuat kajian di makmal, berkata semua kemungkinan itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Tidak mustahil kes CWD boleh terjadi pada manusia jika seseorang memakan daging rusa yang sudah dijangkiti pada masa akan datang,” ujar Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Universiti Minnesota, Michael Osterholm.

Kajian makmal menunjukkan protein yang sudah bermutasi dengan CWD, atau ‘prion’, mampu menjangkiti haiwan mawas yang berkongsi genetik manusia.

Para pemburu di negara-negara yang mengesan penularannya juga sudah dinasihatkan untuk mengenal pasti simptom penyakit CWD sebagai langkah berjaga-jaga. – Agensi

Kategori