Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ngeri! Tubuh Wanita Hamil...

ALOR SETAR - Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan...

Tanah Runtuh: Dua Mayat...

GEORGE TOWN - Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus,...

Lelaki Maut Akibat Ambil...

HASRAT seorang lelaki yang telah berkahwin, untuk berfoya-foya dengan kekasihnya bertukar menjadi tragedi...

Zulfarhan Beritahu Dia Tak...

KUALA LUMPUR — Seorang saksi dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan...

Perbicaraan Kes SRC Najib Ditangguh

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapinya, yang dijadualkan bermula esok.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmadi Asnawi bersama Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Yew Jen Kie sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan difailkan Najib pada 8 Februari lalu.

Panel membenarkan perbicaraan kes ditangguhkan sementara Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan Najib berhubung tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindah kes berhubung tujuh tuduhan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Ahmadi dalam penghakimannya, berkata Mahkamah Rayuan mengambil maklum hujahan pihak pendakwaan bahawa kesalahan yang dihadapi oleh pemohon (Najib) adalah serius dalam kapasiti beliau sebagai bekas perdana menteri.

Ahmadi berkata, pendakwaan menyatakan oleh kerana kes itu menarik perhatian masyarakat tempatan dan antarabangsa yang membabitkan kepentingan awam, ia sepatutnya dibicarakan seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kami berpuas hati dengan hujahan pemohon dan kami mendapati beliau berjaya menunjukkan keadaan istimewa untuk diberikan penangguhan ini.

“Kami berpendapat bahawa ia akan menyebabkan pembaziran masa dan perbicaraan yang sudah berjalan akan menjadi tidak sah jika mahkamah rayuan membenarkan rayuan pemohon kemudian.

“Kami juga mendapati tidak ada sebarang taktik untuk menangguhkan perbicaraan kes di pihak pembelaan seperti didakwa oleh pihak pendakwaan,” katanya.


Pada 7 Februari lalu, Najib menggunakan peluang terakhir untuk menangguhkan perbicaraan kes itu melalui permohonan penangguhan yang difailkan di Mahkamah Rayuan.

Najib mahu Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan persoalan sama ada pihak pendakwaan boleh menarik balik sijil pindah kes itu bagi tuduhan berkenaan, sebelum perbicaraan kesnya bermula.

Terdahulu pada hari sama, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik sijil pindahan kes tujuh tuduhan membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. dihadapi Najib.

Hakim itu kemudian menggunakan budi bicaranya supaya tuduhan itu terus didengar di Mahkamah Tinggi dengan alasan antaranya, ia tidak memprejudiskan Najib dan tidak membawa sebarang sebarang perubahan kepada prosiding kes. – BH Online

Kategori