Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pengawal Peribadi Bunuh Majikan...

GEORGETOWN - Seorang pengawal peribadi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Wan Saiful Sahkan Kontrak...

PETALING JAYA : ‘Next step, tunggulah hingga next step itu sampai.’Ikuti Mynewshub: TelegramItu reaksi...

Lokman Noor Adam Dibebas...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor...

ICERD: “Saya Bukan Menteri...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan, beliau bukan...

Perbicaraan Malam, Langsaikan Tuntutan Kes

Kuala Lumpur: Prosiding mahkamah waktu malam dikendalikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) menerima lebih 450 kes dan kebanyakannya berjaya diselesaikan sejak dilaksanakan pada 2016 lalu.

Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, JAKESS, Mohammad Adib Husain, berkata prosiding itu bertujuan memberi keselesaan kepada plaintif dan responden bagi mengurangkan kes tertunggak lebih lama.

Beliau berkata, prosiding waktu malam bersidang dua kali sebulan bermula jam lapan hingga 10 malam memberi manfaat kepada orang ramai.

“Pada waktu berkenaan mahkamah hanya mengendalikan kes mudah namun memerlukan penyelesaian segera.

“Kita menerima maklum balas positif sejak memperkenalkan perbicaraan malam terutamanya bagi pihak yang sukar mendapatkan cuti daripada majikan bagi menghadiri prosiding berkenaan,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, mantan Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataannya sebagai berkata, Selangor antara negeri yang mempunyai pendaftaran kes dan kes tertunggak tertinggi ini sehingga terpaksa menjalani sesi perbicaraan waktu malam.


Mahkamah Syariah Selangor mempunyai jumlah pendaftaran kes tertinggi. Jumlah kes tertunggak di Selangor sehingga 2013 sahaja sebanyak 5,013 kes, iaitu 2,898 kes jenayah; 1,868 kes mal (sivil) dan 257 kes faraid

Justeru, perbicaraan pada waktu malam dilihat langkah positif walaupun hanya membabitkan prosiding ringan antaranya tuntutan hadanah dan kes berkaitan faraid.

Mohammad Adib berkata, pihaknya juga menerima maklum balas positif daripada kerajaan negeri termasuk EXCO dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan pelaksanaan itu amat baik bagi mengurangkan kes tertunggak.

“Walaupun permohonan meneruskan perbicaraan waktu malam agak kurang, namun tetap membantu badan kehakiman dalam menyelesaikan masalah atas persetujuan plaintif dan defendan,” katanya.

Beliau berkata, prosiding itu dilihat membantu mengurangkan kes tertunggak terutama membabitkan kes ringan, memandangkan pelaksanaannya bergantung kepada pihak tertentu, meskipun jumlahnya kecil berbanding kes lain seluruh negeri. BH ONLINE

Kategori