Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Gangnam Style’ Tidak Lagi...

VIDEO muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan kegilaan menari di peringkat global dan tular...

Singapura Gempar Kertas Ujian...

SINGAPURA - Kali terakhir insiden ini pernah berlaku ialah pada 1993 lalu iaitu...

PRU-15: Turunkan Bendera PH...

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan...

Kim Jong-Un Akan Lawat...

PYONGYANG, Korea Utara – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bersetuju melakukan lawatan bersejarah...

Perlekeh Manifesto: DAP Desak Mahathir Berundur

PETALING JAYA – Pemimpin DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, hari ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pilihan raya umum ke-14.

Boo, yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berkata, dakwaan Dr. Mahathir bahawa manifesto itu hanya “panduan dan bukan kitab” menunjukkan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri dan manifesto itu sendiri.

“Tindakan beberapa pemimpin PH mendakwa perubahan kerajaan tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan Dr. Mahathir hanya mencerminkan kemerosotan diri mereka,” katanya.

Malah, katanya, mereka yang melontar pandangan sedemikian sudah mengaku ketidakcekapan diri dan juga harus meletak jawatan.

Boo turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen UMNO dan menggesa pimpinan PH mengambil pendirian bersama membantah amalan sedemikian.


“Malaysia memerlukan persaingan sihat dalam sistem 2 parti untuk memastikan pembaharuan institusi dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Sebaliknya, katanya, negara akan “ke belakang” jika wakil rakyat digalakkan untuk melompat parti. – FMT

Kategori