Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

What’s a of Function

When it comes to education in uk, essays are its essential part. The...

Wajibkan Rumah Baharu Dipasang...

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang menggubal satu rang undang-undang...

Ringgit Terus Jatuh Untuk...

KUALA LUMPUR - Ringgit terus jatuh untuk ditutup lebih rendah berbanding dolar US...

Viral Sebuah Gambar Ikan...

Seorang jurugambar ,tertangkap gambar seekor ikan kecil berenang di dalam obor-obor di pantai timur...

Personaliti Afrika Beli Keranda Untuk Diri Sendiri

SEORANG wanita berkongsi gambarnya membeli keranda untuk dirinya sendiri, meskipun dia belum menemui ajal.

Zodwa Wabantu yang merupakan personaliti media warga Afrika Selatan berkongsi gambar tersebut di laman sosial Instagram.

Imej tersebut menunjukkan dia masuk ke dalam sebuah keranda mewah, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

Menurut keterangan gambar: “Mati! Masyarakat terlalu takut bercakap mengenai kematian. Kita semua akan mati, dan saya membuat pilihan untuk membeli keranda saya semasa hidup. Ia bernilai 150K (£8,540 atau RM44,918).

Walaupun keputusannya untuk membeli keranda tersebut mungkin kelihatan pelik, tetapi cerita sebaliknya begitu menyedihkan.


Bercakap kepada TshisaLive, Zodwa menjelaskan bahawa ibunya telah meninggal dunia dan dikebumikan di dalam keranda yang murah, maka dia tidak mahu mengalami nasib yang sama.

Menurut Zodwa, dia tidak mahu keluarganya terutama anak lelakinya mengalami kesukaran untuk menampung kos pengebumian sekiranya berlaku sesuatu pada dirinya. – Mirror UK

Kategori