Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakai Pelitup Muka Lepas...

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihati orang ramai memakai pelitup muka...

Dua Lori Hangus Selepas...

IPOH - Dua lori membawa muatan ubat nyamuk dan racun serangga serta buah-buahan...

Statut Rom: Kenapa Dedah...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan tindakan sesetengah...

Guna Imaginasi Untuk Ambil...

Pernahkah ketika kecil dahulu anda bermain dengan bentuk awan?Seperti penulis, apabila nampak sahaja...

Pertama Kali Keluarga Diraja Thai Sertai Pilihan Raya

ANKARA – Seorang anggota keluarga diraja Thailand bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bagi merebut jawatan perdana menteri, lapor media tempatan semalam.

Menurut agensi berita Anadolu, Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, kakak Raja Maha Vajiralongkorn akan bertanding di bawah tiket Parti Thai Raksa Chart pada pilihan raya yang dijadual pada 24 Mac.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas nama beliau didaftarkan di Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai calon, susulan pengumuman yang dibuat pemimpin parti, Preechapol Pongpanich.

“Beliau berpengetahuan dan sangat sesuai. Saya percaya tiada masalah dari segi perundangan berkaitan kelayakannya, tetapi kita masih menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan pencalonannya,” kata Pongpanich kepada pemberita.

Bagaimanapun, Parti Pembaharuan Rakyat mencabar pencalonan berkenaan dan mahu suruhanjaya itu memutuskan sama ada ia melanggar undang-undang pilihan raya.

Suruhanjaya perlu mengesahkan nama semua calon pada Jumaat depan.

Beliau adalah ahli keluarga diraja yang memecah tradisi menyertai pilihan raya.


“Perkembangan terbaru itu tamparan hebat kepada Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan Parti Phalang Pracharath untuk terus berkuasa,” kata Bangkok Post.

Thai Raksa Chart ialah parti pembangkang diasaskan sekutu bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra dan kakaknya Yingluck, yang digulingkan pada rampasan kuasa 2014.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan dari keluarga diraja itu. – BERNAMA

Kategori