Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Harga Ayam, Minyak Masak...

Pembukaan sektor ekonomi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendorong kepada permintaan...

3 Pensyarah Unimap Terpilih...

KANGAR - Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih sebagai jurulatih utama bagi...

Pelayar Negara Perlu Kekal...

LANGKAWI – Pelayar negara dalam kategori Antarabangsa 420 Lelaki dan Antarabangsa 470 Lelaki...

Aliran FDI Ke ASEAN...

KUALA LUMPUR – Aliran pelaburan langsung asing (FDI) ke ASEAN terus meningkat pada...

Pesakit Serik, Kongsi Foto Makanan Hospital

SEORANG pesakit memuat naik foto hidangan yang disediakan pihak hospital sehingga ia tular dan menarik perhatian ramai.

Susulan perkongsian itu, ramai pelayar laman sosial turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan pesakit tersebut.

Menerusi foto berkenaan, Alex Cole-Hamilton mendedahkan hidangan telur dadar yang hitam akibat terlebih masak.

Kejadian itu berlaku sewaktu dia diatahn di Hospital Diraja Infirmary, Eddinburg.

Sepanjang 10 hari berada di sana, Alex menyifatkan makanan yang dihidangkan kepadanya sangat teruk.

“Ini makan malam saya. Makanan yang berterusan diberi kepada saya sangat teruk, ianya telur dadar kalau anda perasan,” tulisnya.


Rata-rata pelayar laman sosial turut memberi komen dan menyifatkan telur dadar itu sangat teruk sehingga tidak sesuai untuk dimakan oleh haiwan mahupun manusia.

“Itu telur dadar? Teruknya. Mana sayur? Pesakit hanya akan sihat jika diberi makanan yang sihat dan seimbang,” tulis seorang individu.

Pada tahun lalu, hospital di negara itu didakwa membelanjakan hanya £2 (RM9.39) untuk setiap hidangan pesakit.

Ia dikatakan lebih rendah berbanding harga makanan untuk satu kepala di penjara negara itu. – Daily Mail

Kategori