Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nabil Ahmad Nafi Ambil...

PELAWAK dan pelakon, Nabil Ahmad mengejutkan ramai pengikut dunia hiburan tempatan apabila tampil sasa...

Rizalman Mengaku Tak Salah...

WELLINGTON - Bekas atase tentera Malaysia di sini, Muhammad Rizalman Ismail, 38, mengaku...

Beli Cerek Dapat Anak...

LONDON – Seorang pemburu barangan murah terkejut selepas mendapati cerek elektrik yang dibelinya...

Diana Danielle Nasihat Para...

BUKAN semua lelaki faham kepayahan yang dilalui ibu mengandung, oleh itu aktres Diana...

Pesawat Emiliano Sala Akhirnya Ditemui

BANGKAI pesawat yang membawa pemain bola sepak, Emiliano Sala dan juruterbangnya ditemui susulan operasi pencarian menggunakan sistem sonar, dengan kedua-duanya hilang dan dianggap mati.

Operasi mencari pesawat yang hilang itu bermula dari pantai Guernsey, dan mengesan bangkai pesawat itu pada pagi Isnin di dasar laut Selat Inggeris.

Kapal FPV Morven menerima isyarat sonar sebelum bot Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) mengesahkannya dan ROV (kenderaan di bawah kendalian jauh) dihantar ke dasar untuk mengenal pasti pesawat di dasar laut.

Keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan tentang penemuan itu.

Kedua-dua kapal AAIB, Geo Ocean III dan bot persendirian, yang termasuk imbasan sonar, digunakan untuk mencari pesawat.


Pasukan AAIB kini ke lokasi untuk mendapatkan pesawat. – Daily Mail UK

Kategori