Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Kerugian RM5,000, Beg...

BUTTERWORTH - Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas wang tunai dan barang...

Sukan Para ASEAN: Jumpa...

SINGAPURA - Misi penting merampas kembali juara keseluruhan Sukan Para ASEAN (APG) selepas...

Najib, Irwan Dibenar Ikat...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

Media Antarabangsa Diminta Berlaku...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

PLUS Bercadang Naik Taraf R&R Bermula Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merancang untuk menaik taraf sekurang-kurangnya lima kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata projek naik taraf itu yang akan mengambil masa beberapa tahun, akan dimulakan dengan R&R Seremban (arah selatan).

“Kehendak dan keperluan pelanggan lebuh raya masa kini telah berevolusi dan berubah. Oleh itu kami perlu menaik taraf R&R yang sedia ada dengan kemudahan yang bertaraf dunia serta lebih moden dan kontemporari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya antara yang akan gemblengkan dalam projek naik taraf itu ialah penggunaan teknologi hijau selain menjadikan R&R lebih mesra pelanggan.

Konsep yang akan diguna pakai di R&R Seremban (arah selatan) ini akan turut memberi nilai tambah dan manfaat kepada peniaga di kawasan sekitar serta rakan niaga PLUS.


Ia akan turut menawarkan produk makanan daripada jenama terkenal tempatan selain kawasan khas untuk kendera saji. – BERNAMA

Kategori