Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

19,635 Kemalangan Jalan Raya...

KUANTAN - Statistik kemalangan daripada Polis Diraja Malaysia menunjukkan 19,635 daripada 489,606 kes...

Tren MMMSL Diselenggara Sepanjang...

MAKKAH - Setiap set tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line...

Burger Ramly Jangka Keuntungan...

Terkenal dengan jenama Ramly Burger, syarikat anak tempatan ini menjangkakan pendapatan mereka akan...

Budak Didera Tak Tahu...

CHINA – Kena pukul hanya disebabkan tidak tahu menjawab soalan mengenai cerita kanak-kanak...

Polis Bosan ‘TikTok’ Ketika Bertugas

LONDON – Polis England menyiasat seorang anggotanya kerana menggunakan aplikasi TikTok ketika bertugas di satu lokasi jenayah dengan memuat naik video menggerak bibir ‘menyanyikan’ lagu rap.

Menerusi siaran TikTok, Konstabel Jonathan Gould memberitahu lebih 7,000 pengikutnya bahawa dia bosan dan mengalihkan telefon bimbitnya menunjukkan gari dibawanya.

Menurut Daily Mail, lebih 600 orang menonton video Gould yang berkhidmat selama 20 tahun mempersembahkan lagu ‘All In’ nyanyian ZaeHd & CEO.

Dia memuat naik video itu dengan menyertakan ‘hash tag’ #cops #handcuffs #police dan #bored bersama kapsyen menyatakan dia ‘berada di lokasi jenayah melakukan tugas’.

Gould turut mempunyai beberapa video lain memperlihatkan dia meniru gaya kartun Spongebob dan menyanyikan lagu popular Let It Snow ketika berada dalam kereta dalam akaun TikTok. – Agensi

Kategori