Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mohamad Hasan Yakin Kemampuan...

SEREMBAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail...

Wan Azizah Ingatkan Tun...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri...

Bertemu Nisha Tak Makna...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari...

Jutawan Tuduh Model Beri...

SEORANG jutawan yang digelar `Raja' Instagram dilaporkan telah memfailkan saman ke atas seorang...

Polis Siasat Dakwaan DAP Terima Dana Asing

KUALA LUMPUR – Siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh Pemuda PAS berhubung dakwaan bahawa DAP menerima dana asing termasuk dari Israel akan dilakukan bagi mengenalpasti tujuan pemberian dana berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat ini beliau masih belum berpeluang meneliti atau menyemak laporan yang dibuat pihak terbabit.

“Untuk kes penerimaan dana, bagi saya tiada sebarang masalah namun kita akan siasat dahulu untuk kegiatan apa dan sebagainya.

“Kalau dana yang diterima itu tidak berkait dengan sebarang kesalahan jenayah, maka tidak ada sebarang tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kolokium Kaunselor Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, di sini hari ini.


Semalam, Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli bersama kesemua wakil Dewan Pemuda PAS negeri seluruh negara melakukan laporan polis berhubung penerimaan dana oleh DAP dari Israel.

Menurut Ahmad, jika PAS boleh disiasat berhubung penerimaan dana RM90 juta, maka tiada alasan untuk menghalang siasatan sama dilakukan terhadap DAP. – K! ONLINE

Kategori