Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kenderaan Berat Hanya Boleh...

SUNGAI BULOH - Kedegilan memandu bas ekspres di lorong kanan lebuh raya akhirnya...

Piala Asia B23: Malaysia...

Skuad bola sepak bawah 23 tahun (B23) Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dua...

“Tidak Ada Masa Nak...

KUALA TERENGGANU - "Kita tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia...

Penumpang Malaysia Dalam QZ8501...

Hari ini (Isnin), wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak membuat pengesahan bahawa...

Polis Tahan 3 Lelaki Pasang Peranti Penggodam ATM

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas dipercayai memasang alat peranti penggodam di sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, mereka yang berumur 30, 33 dan 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan mesin ATM terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lima anggota unit rondaan bermotosikal (URB) Balai Polis Tun HS Lee membuat pemeriksaan di sebuah mesin ATM dan mendapati terdapat alat mencurigakan di atas ruangan ‘keypad’ (papan kekunci) dan ruangan untuk memasukkan kad.

“Hasil pemeriksaan mendapati peranti itu merupakan satu unit komponen pengimbas kad kredit atau debit yang dilekatkan pada ruangan masuk kad.

“Satu lagi adalah alat perakam video yang dilekatkan pada ruangan atas keypad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

Kategori