Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Sarawak Cadang Polisi Baharu...

KUCHING - Sarawak akan memperkenalkan polisi baharu untuk menggalakkan pemain industri balak di...

Malaysia Sertai 16 Negara...

LONDON - Malaysia menyertai kumpulan 17 buah negara menolak usaha terbaharu Pertubuhan Bangsa...

Mahkamah Pakistan Tangguh Perbicaraan...

ISLAMABAD: Mahkamah tertinggi Pakistan hari ini menangguhkan perbicaraan kes mempertikaikan kesahihan tindakan Perdana...

Wanita Larikan Kanak-Kanak Di...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan...

Rakyat Iran Sambut Ulang Tahun Ke-40 Revolusi

DUBAI – Ratusan ribu rakyat Iran berarak dan sebahagiannya membakar bendera Amerika Syarikat sebagai menandakan ulang tahun ke-40 revolusi semalam ketika Tehran mempamerkan peluru berpandu balistik dalam tentangan kepada usaha AS menyekat kuasa tenteranya.

Anggota tentera, pelajar, ulama dan wanita berpakaian serba hitam sambil mendukung anak kecil memenuhi jalan raya seluruh Iran, ramai daripada mereka memegang poster Ayatollah Ruhollah Khomeini, yang menumbangkan Shah dalam kebangkitan Islam yang masih menghantui Barat.

Pada 11 Februari 1979, tentera Iran mengisytiharkan mereka tidak memihak kepada sesiapa, membuka jalan kepada kejatuhan Shah Mohammad Reza Pahlavi yang disokong AS.

Stesen televisyen menunjukkan orang ramai membawa bendera Iran dalam hujan, melaungkan ‘Jahanam Israel, Jahanam Amerika’.

Republik Islam berjanji mengukuhkan tenteranya di sebalik tekanan memuncak dari negara Barat untuk mengekang program peluru berpandu balistiknya.


Ia dipamerkan ketika perarakan itu, termasuk Qadr F, peluru berpandu dengan jarak 1,950 kilometer, lapor agensi berita Tasnim.

“Kami tidak pernah meminta dan tidak akan meminta izin membangunkan jenis berbeza peluru berpandu dan akan meneruskan jalan dan kuasa tentera,” kata Presiden Hassan Rouhani dalam ucapan ke dataran Azadi di Tehran. — Reuters

  • Lagi berita berkaitan:
  • Iran

Kategori