Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kenapa Lompat Parti Tidak...

AGENDA menarik ahli-ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM bertujuan mengukuhkan kuasa Perdana Menteri,...

MAIS Sumbang RM2.2 Juta...

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyumbang RM2.2 juta...

Polis Pulau Pinang Bertindak...

BUKIT MERTAJAM - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata beliau...

Tidak Kompromi Soal Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberi jaminan kerajaan tidak akan...

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Di Sungai Golok

KOTA BHARU – Seorang rakyat Malaysia maut manakala rakannya cedera parah ditembak 2 lelaki bermotosikal di pekan Sungai Golok dekat Selatan Thai, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata Sulaimi Mat Ali, 54, yang berasal dari Kampung Jalan Atas Paloh meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Golok manakala rakannya, Muhammad Shahrul Aiman Mohd Abdul Aziz, 18, dari Jalan Masjid, Kota Bharu, cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Kedua-dua mangsa dikenali melalui Pas Sempadan yang mereka pakai, katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kereta di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U, daerah Sungai Golok, Selatan Thailand, jam 8.30 malam tadi.

Hasanuddin berkata motif kedua-dua mangsa berada di pekan Sungai Golok itu juga belum diketahui dan pihaknya menyerahkan kepada polis negara jiran untuk melakukan siasatan kerana kejadian berlaku di sana.


Katanya daripada maklumat tidak rasmi yang diterima, jenazah Allahyarham Sulaimi akan dibawa pulang ke negara ini oleh keluarganya untuk dikebumikan, hari ini. – BERNAMA

Kategori