Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Palestin Protes Pindah Kedutaan...

SEORANG rakyat Palestin di Gaza terbunuh manakala kira-kira 20 orang lain cedera berikutan...

“Aku Ditipu Abang K-POP”...

GARA-GARA kasihankan kisah sedih seorang jejaka Korea Selatan, gadis Singapura ini telah ditipu...

Video: Gadis Maut Kemaluan...

NGERI dan sadis... Kisah kematian seorang gadis berusia 18 tahun bernama Enno Faridah...

“Makcik Kiah Pun Dah...

MENGGUNAKAN analogi penjual goreng pisang bernama Makcik Kiah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...

Rentung Dihempap Almari Dalam Kebakaran Di Bera

KUANTAN – Seorang lelaki ditemui rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Baru Triang, Bera malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.47 malam, mangsa Low Chin Lek, 55, ditemui rentung di dalam sebuah bilik di rumah teres terbabit dengan keadaan mayat dihempap sebuah almari selepas operasi pemadaman selesai dilakukan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, sebuah jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tentang kebakaran berkenaan dan sebaik tiba mereka telah dimaklumkan terdapat dua mangsa yang terperangkap di dalam salah sebuah rumah terbabit.

“Operasi pemadaman segera dilakukan, bagaimanapun api hanya dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 11.41 malam berikutan kekangan tekanan air rendah dan bekalan elektrik tidak dapat diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Setelah pemeriksaan terhadap rumah terbabit dilakukan, hanya mayat Low yang berjaya ditemui manakala seorang lagi penghuni rumah berkenaan yang sebelum itu turut dilaporkan terperangkap, Low Chin Leong, 60, berjaya menyelamatkan diri. – BERNAMA

Kategori