Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PKR Dilanda Krisis Isu...

BELUM apa-apa dah bergaduh…. Krisis berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini...

Kartel Dadah Mexico Balut...

BANDAR RAYA MEXICO – Anggota-anggota sebuah kartel dadah dilaporkan membunuh dua orang, membalut...

7 Produk Bagi Legakan...

Senggugut adalah kesakitan yang berlaku semasa kitaran haid berlaku. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu!Sebenarnya,...

Pelamin Bertemakan Kelab Bola...

KALAU dulu tema pelamin lebih banyak didominasi dengan perhiasan bunga-bungaan dan renda-renda yang...

RoboCop Wanita Pertama Di IPD Kerala

KERALA – Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kerala menjadi IPD pertama di negara itu menggunakan khidmat robot sebagai pekerja.

Ketua Pengarah Polis (DGP), Loknath Behra berkata, robot diberi nama KP-Bot itu diperkenalkan bagi memperkasakan penggunaan teknologi dalam kalangan anggotanya.

Kehadiran robot Sub Inspektor (SI) wanita dalam perkhidmatan badan beruniform itu disambut baik dan akan melaksanakan tugas hakiki di pejabat sahaja.

Sementara itu, Penolong Timbalan Polis, Manoj Abraham, yang bertanggungjawab terhadap teknologi berkenaan memberitahu, pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan KP-Bot yang dilengkapi kemudahan untuk menetapkan temu janji dengan pegawai dan mengambil aduan dari orang ramai.

Sama seperti pegawai polis yang lain, RoboCop mampu mengenal pasti pegawai berpangkat tinggi dan menyambut mereka dengan tanda hormat.


Katanya, pihaknya merancang akan mengemaskini RoboCop dengan lebih terperinci seperti mengesan wajah dan bahan letupan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, P vijayan. – India Today

Kategori