Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Remy Ishak Sambut Lebaran...

AKTOR kacak Remy Ishak, sudah 10 tahun bertapak dalam industri seni tanah air....

Fasiliti Kesihatan Awam Masih...

Kuala Lumpur : Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati penggunaan katil kes kritikal...

Ally Iskandar Perkenal ‘Mariam...

Seperti diketahui ramai, pengacara dan personaliti TV Ally Iskandar selamat bergelar bapa buat kali...

7 Ditahan Berkaitan Kes...

ALOR SETAR - Polis menahan tujuh lelaki susulan kes bakar cebisan al-Quran di...

‘Saya Tak Patut Keluar Dengan Suami Orang’

KUALA LUMPUR: Pelakon yang dikaitkan menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, Oktovia Manrose, 26, mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada isteri aktor berkenaan, Bella Astillah.

Oktovia berkata, perkara yang dilakukan adalah perbuatan salah kerana dia tidak patut keluar dengan suami orang atau mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“(Ini) Hari bersejarah saya…Tak pernah terfikir dan rancang semua ini berlaku. Tapi ini berlaku. Saya sedar ini kekhilafan diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari daripada membuat silap.

“Kepada @bellaastillah (Bella), saya tak nak menegakkan benang yang basah. Saya minta maaf dengan apa yang sudah berlaku. Apa yang sudah berlaku memang sangat salah.

“Saya mengaku tak patut keluar dengan suami orang. Saya tak patut keluarkan kenyataan apa-apa pun sebab sudah terang saya yang salah,” luahnya melalui catatan Instagram Story (IG), tengah malam tadi.

Semalam, Bella mendedahkan sikap suaminya yang didakwa menjalin cinta lokasi dengan pelakon baharu itu ketika menjalani penggambaran telefilem.


Bella mendakwa mempunyai bukti Oktovia dan Aliff berhibur di sebuah pusat hiburan selain berkongsi paparan perbualan WhatsApp dengan sumber mengenai hal terbabit.

Oktovia yang juga ibu tunggal anak satu, turut menjelaskan dia mengeluarkan kenyataan berhubung rumah tangga Bella disebabkan terkejut dengan kecaman netizen.

“Kenapa tadi saya jawab macam itu kerana terkejut dengan netizen sampai buat saya melantun. Ia menyakitkan tapi saya memang layak menerimanya.

“Saya tak patut masuk campur urusan atau cerita fasal hal rumah tangga awak,” katanya yang berharap masalah antara Bella dan Aliff diselesaikan secara baik.

Kategori