Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih...

PEKAN - Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan...

VIDEO: TMJ Kuat Berjenaka,...

Walaupun riak di wajah nampak tegas, namun rakyat jelata terutamanya di negeri Johor...

Tanam Pokok Cempaka Kuning...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 bermula hari ini dengan Sultan Perak,...

Hantar Mesej Menyayat Hati...

SEORANG remaja bernama Emily Gardner, 14, seolah-olah mengetahui ajal yang bakal menimpa kepada...

Selamatkan Ikan Lumba-Lumba Menangis

BEIJING – Dua lelaki menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba daripada menjadi hidangan selepas tidak sampai hati melihat mamalia itu menitiskan air mata ketika mereka mengunjungi sebuah pasar di Xuwen, selatan China.

Cheng Mingyue dan Cheng Jianzhuang yang pada mulanya menyangka haiwan terancam itu ikan lumba-lumba biasa membayar 1,500 yuan (RM910) kepada penjual untuk melepaskannya semula ke laut. Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan pakar perikanan kemudian mengenal pasti haiwan itu sebagai spesies terancam, ‘Finless Porpoise’.

Mingyue berkata dia melihat haiwan sepanjang 1.7 meter dan seberat 50 kilogram itu menangis ketika dikerumuni orang ramai sebaik dibawa ke pasar berkenaan oleh seorang individu menggunakan basikal tiga roda.

“Penjual meminjamkan penarik dan sekitar jam 4 petang, kami membawa haiwan itu ke pantai serta melepaskannya.


“Pada mulanya, haiwan terbabit tidak dapat berenang jauh, mungkin kerana ekornya cedera dan kami tunggu selama dua jam sehingga ia hilang dari pandangan,” katanya. – Agensi

Kategori