Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Disangka Hamil Kerana Buncit,...

BEKAS pelakon drama bersiri Friends, Jennifer Aniston tampil meluahkan kekecewaan menerusi surat terbuka...

Untung Sebelum Cukai Pos...

KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum cukai Pos Malaysia Bhd. pada suku ketiga berakhir...

Uber, Grabcar: Lebih Daripada...

KUALA LUMPUR - Secara jujur, saya memang tidak suka memandu di bandar raya yang sentiasa sibuk ini,...

Lesen Operasi AirAsia Indonesia...

MENURUT Djoko Muratmodjo, pemangku Ketua Pengarah untuk navigasi udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, lesen operasi...

Sijil Palsu: Rujuk MQA, Elak Ditipu, Kata Menteri

SEMENYIH – Individu yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi digalakkan merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya tidak menjadi mangsa penipuan, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Beliau berkata, MQA merupakan agensi yang akan mengenal pasti semua program yang diakreditasi di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jadi kepada semua yang ingin melanjutkan pengajian kementerian menggalakkan mereka rujuk dengan MQA supaya tidak tertipu.

“MQA sudah membuat piawaian yang tinggi untuk tujuan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Sekolah Rendah kebangsaan Taman Pelangi di sini hari ini.

Semalam, sebuah akbar berbahasa Cina tempatan melaporkan beberapa universiti di luar negara menjadi ‘kilang ijazah’ dengan menawarkan ‘kelayakan akademik’ kepada pemohon secara dalam talian tanpa memerlukan mereka mengikuti apa-apa pengajian.


Menurut laporan itu, keadaan demikian berlaku terutamanya membabitkan ‘universiti’ yang dikatakan dari Amerika Syarikat yang beroperasi dari rumah kedai atau pejabat kecil. – BERNAMA

Kategori