Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Nafi Akan Dirombak

PUTRAJAYA -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan sebuah akhbar tempatan...

OKT Cedera, Trak Polis...

SHAH ALAM - Tujuh Orang Kena Tahan (OKT) mengalami cedera ringan apabila sebuah...

Guru Cabul 3 Murid...

TELUK INTAN - Seorang guru sekolah rendah bakal berhadapan hukuman penjara 110 tahun...

Tudung RM800 Sold Out...

WAH, nampaknya empayar Vivy Yusof dalam memasarkan jenama tudung miliknya, Duck semakin mendapat...

Sirul Boleh Diekstradisi Jika Tiada Hukuman Mati

KUALA LUMPUR – Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, boleh dihantar pulang ke Malaysia dengan syarat satu aku janji diberikan bahawa hukuman mati itu tidak akan dilaksanakan.

Seorang jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia pada Rabu berkata peguam negara mesti berpuas hati sebaik sahaja Sirul dihantar pulang atas permintaan Malaysia, dia tidak akan berdepan risiko terpaksa menjalani hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

“Akta Ekstradisi Australia tidak membenarkan ekstradisi dari Australia di mana kesalahan itu tertakluk kepada hukuman mati, melainkan jika satu aku janji diberikan bahawa hukuman mati itu tidak akan dikenakan atau, jika dikenakan tidak akan dilaksana,” kata jurucakap itu kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama menerusi e-mel.

Bernama mengajukan soalan berhubung nasib Sirul selepas sebuah portal berita Australia melaporkan bahawa percubaannya untuk mendapatkan suaka politik ditolak oleh sebuah mahkamah Australia pada Isnin.

Jurucakap itu juga berkata sudah menjadi amalan kerajaan Australia tidak akan memberi kenyataan secara terbuka berhubung isu ekstradisi, termasuk sama ada ia menerima permintaan untuk berbuat demikian, sehinggalah individu terbabit ditahan atau dibawa ke mahkamah berdasarkan permintaan tersebut.

Bernama melaporkan pada Ogos tahun lepas, Menteri Hal Ehwal Luar Australia ketika itu, Julie Bishop berkata negara tersebut belum menerima sebarang permintaan dari Malaysia untuk mengekstradisi anggota polis itu yang melarikan diri ke Australia.

Sirul dan Azilah Hadri disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati mereka.


Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya. Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Sirul kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia.

Sementara itu, pada Oktober tahun lepas, Kabinet Malaysia memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan.

Susulan keputusan itu, semua hukuman mati ditangguh sehingga pemansuhan hukuman tersebut berkuat kuasa.

Kabinet turut mempertimbang cadangan mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun jika hukuman mati mandatori dimansuhkan, dan akan membuat keputusan untuk membentangkan usul itu di Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan. – BERNAMA

Kategori