Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Art Harun, Dari Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Datuk Azhar Azizan Harun, 58, yang dipilih sebagai Yang Dipertua...

Rombongan Meminang Hampa Bakal...

SEORANG lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan ini sanggup merentasi beberapa buah negeri...

Kakitangan Kontrak Hotel Dituduh...

KUALA TERENGGANU : Seorang kakitangan kontrak sebuah hotel dihadapkan di Mahkamah Sesyen di...

Polis Cari Waris Mayat...

BUKIT MERTAJAM - Polis mencari waris seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam tali...

Sistem Beg Udara Di Bahagian Luar Kenderaan

KEWUJUDAN beg udara di dalam kenderaan boleh membantu untuk mengurangkan kesan hentakan sewaktu berlakunya kemalangan.

Terbaharu, sebuah syarikat dari Jerman, ZF Friedrichshafen bakal memperkenalkan sistem keselamatan yang lebih menyeluruh dengan sistem beg udara di bahagian luar kenderaan.

Beg udara itu akan mengembung dengan pantas sebelum berlaku hentakan dengan kehadiran sistem pengesan awal.

Ia juga berupaya melindungi penumpang di bahagian belakang dan depan sesebuah kenderaan.

Ujian yang dilakukan menunjukkan ia berupaya mengurangkan tahap kecederaan sehingga 40 peratus.

“Syarikat kami menggunakan teknologi yang boleh mengesan kemalangan sebelum berlaku hentakan.


“Jadi beg udara di bahagian luar akan mengembung terlebih dahulu.

“Misi kami untuk menjadikan dunia ini sifar kemalangan,” ujar Dr. Michael Büchsner yang juga peneraju syarikat berpangkalan di selatan Jerman itu. – Daily Mail

Kategori