Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Google Maps Perkenalkan Sokongan...

GOOGLE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan navigasi daripada Google yang mempunyai liputan...

7 Produk Kosmetik Dikesan...

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam...

Najib Doakan Anaknya, Najwa...

SETIAP ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak yang selama ini dikandung...

PRU-14: Calon MCA Di...

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor bersetuju meletakkan calon MCA untuk bertanding...

Strok Haba: Elak Terdedah Kepada Cuaca Panas

KOTA BHARU – Orang ramai terutama golongan yang berisiko tinggi termasuk warga emas, orang berpenyakit serta kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak terdedah pada cuaca panas untuk jangka masa panjang bagi mengelak daripada serangan strok haba.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Zaini Hussin juga menasihatkan pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga menghentikan sementara aktiviti luar.

“Kalau hendak diadakan juga aktiviti luar termasuk bersukan, ia perlu dijalankan awal pagi dan berakhir sebelum 9 pagi atau lewat petang.

“Selepas jam 9, cuaca semakin panas dan pernah direkodkan mencapai lebih 40 darjah celcius dan ini boleh menyebabkan strok haba,” katanya selepas majlis pelancaran program Mari Berpeluh Jabatan Kesihatan Kelantan 2019 di sini, hari ini.

Tujuh jabatan kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia dengan 200 peserta mengambil bahagian pada program itu.

Berikutan cuaca yang panas sehingga boleh menyebabkan dihidrasi dan seterusnya mengakibatkan strok haba, Zaini menasihatkan orang ramai meminum air terutama air putih dengan jumlah yang banyak.


Katanya, sekiranya ada tanda-tanda demam, muntah, cirit birit dan kejang dalam kalangan orang ramai, mereka dikehendaki berjumpa doktor segera untuk diagnosis awal.

“Tindakan awal boleh mengelak daripada berlaku komplikasi lebih teruk termasuk boleh membawa maut,” katanya. – BERNAMA

Kategori