Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kertas Kerja Bernama, RTM...

KUALA LUMPUR - Bernama dan RTM diarah menyerahkan kertas kerja cadangan penggabungan kedua-dua...

Apa Kejayaan Darurat –...

DARI FB NAJIB RAZAKSETELAH dilaksanakan 3 bulan, Darurat tak berjaya putuskan penularan Covid...

Enam Kawasan Catat Suhu...

KUALA LUMPUR - Enam kawasan di Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celcius...

Penghujungnya Masih Belum Kelihatan...

PUTRAJAYA - "Amat menyedihkan (apabila) kami sudah bertahan selama setahun melawan Covid-19, namun...

Switzerland Siasat Justo Dakwaan Intipan Ekonomi

PETALING JAYA – Pihak berkuasa Switzerland menyiasat pemberi maklumat skandal 1MDB, Andre Xavier Justo, atas dakwaan pengintipan ekonomi, menurut satu laporan memetik pejabat peguam negara di negara tersebut.

Laporan Perbadanan Penyiaran Switzerland berkata, Menteri Undang-undang negara itu, Simonetta Sommaruga mengarahkan Justo didakwa, di tengah-tengah perdebatan di negara tersebut tentang sejauh mana pemberi maklumat itu dilindungi dalam kes melibatkan rasuah korporat.

Laporan itu berkata, penyiasatan ke atas Justo, yang membocorkan dokumen berkaitan 1MDB daripada PetroSaudi International pada 2015, dibuka November lalu.

Justo yang ditahan kerana membocorkan dokumen daripada firma minyak dan gas itu, kemudiannya dipenjarakan di Thailand atas dakwaan menuntut bayaran sebagai balasan tidak mendedahkan maklumat sulit.

Bulan lepas, pengerusi The Edge Media Group menghadiahkan Justo AS$2 juta (RM8.2 juta) atas peranannya mendedahkan skandal 1MDB.


“Tanpa beliau, salah laku melibatkan 1MDB seperti didedahkan The Edge, tidak mungkin diketahui umum,” kata Datuk Tong Kooi Ong, pengerusi syarikat media itu. – FMT

Kategori