Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Silat Terima Pengiktirafan UNESCO

KUALA LUMPUR - Seni mempertahankan diri silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative...

Ada Pemandu Teksi ‘Peras’...

KUALA LUMPUR - Ada pemandu teksi di sekitar ibu negara yang mengenakan caj melampau...

Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’...

PATUNG pembunuh Annabelle telah berjaya menawan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang....

AirAsia Terbang Ke Nha...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd meneruskan peluasan perkhidmatannya ke ASEAN menerusi penerbangan sulung...

“Syed Saddiq Malu Nak Cerita Perkara Sebenar”

KAJANG – Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali sebagai Papagomo hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa membuat laporan palsu berhubung insiden “cekak leher” pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Sabtu lalu.

Beliau mendakwa hanya ingin menyelamatkan Syed Saddiq yang sengaja melalui kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) dan menyifatkan tindakan menteri belia dan sukan itu sebagai bodoh.

“Syed Saddiq tidak menerangkan perkara sebenar. Mungkin dia malu nak cerita apa yang berlaku sebenarnya atau cuba sorokkan sesuatu.

“Ada orang lain bertindak kasar terhadap beliau, tetapi mungkin saya dilihat sebagai alat politik untuk mendapatkan publisiti. Jadi, dia tuduh saya bertindak ganas dan mencekak lehernya,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan Syed Saddiq terhadapnya, sedangkan mereka sudah lama bersahabat.

“Kejadian ini memang dilakukan Syed Saddiq. Tiada siapa akan masuk ke kawasan penyokong lawan, selain daripada cuba cetuskan provokasi.

“Kami sudah lama bersahabat, tetapi tak sangka berlaku pengkhianatan sebegini.”

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata, insiden itu hanya salah faham dan berlaku tarik-menarik, tetapi ia bukannya serangan.

Papagomo yang direman 3 hari, dibebaskan semalam dengan jaminan polis. Kertas siasatan sudah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya hari ini dan keputusan untuk siasatan lanjut atau pendakwaan akan diketahui esok.


Papagomo bagaimanapun menafikan sebarang insiden tarik-menarik.

“Ini bukan kes salah faham mahupun tarik-menarik, saya cuma nak selamatkan dia dan kalau benarlah berlaku, ada ramai anggota polis yang berada di tempat kejadian ketika itu.

“Kalau saya bertindak melakukan rusuhan atau mencederakan seseorang, sudah tentu saya akan terus ditahan tanpa dipersoalkan, tetapi sebaliknya saya tidak ditahan.”

Katanya, anggota polis yang mengiringi Syed Saddiq tidak membuat laporan polis kerana tiada kekasaran berlaku.

Beliau berharap polis bertindak tegas tanpa prejudis. – FMT

Kategori