Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Vape Meletup Dalam...

SEBUAH video menunjukkan saat-saat cemas peranti rokok elektrik atau vape meletup dalam beg...

Keiko Fujimori Dikenakan Perintah...

LIMA - Bekas calon presiden Peru, Keiko Fujimori menerima perintah tahanan selama 36...

Tan Sri Omardin Tokoh...

KUALA LUMPUR - Bidang seni silat lincah negara kehilangan seorang tokoh berwibawa dan...

Suara Kemanusiaan Busking4Somalia @...

MOMEN Instagram antara detik menarik dalam Mini Showcase Busking4Somalia@Tesco Shah Alam, Selangor pada...

Takoyaki Pandu Lalu Laris

PAPAR: Pengalaman bekerja di luar negara mencetuskan idea untuk seorang anak jati daerah ini membuka kedai makanan Jepun, takoyaki, berkonsepkan pandu lalu.

Herman Shah Amat Sah, 42, pada mulanya berniaga di gerai kecil pada 2016, namun kini memiliki premis sendiri bagi mengusahakan Xpress Takoyaki di Kampung Pengalat Besar, di sini.

Beliau berkata, pengalaman bekerja lebih 10 tahun di pelantar minyak di luar negara membolehkannya melihat banyak kedai berkonsepkan pandu lalu, justeru terfikir memulakan perniagaan makanan menggunakan pendekatan sama.

“Pada 2016, saya memulakan perniagaan berbekalkan modal sendiri RM2,200. Ketika itu, saya hanya membuka gerai kayu kecil di depan rumah yang berdepan jalan utama.

“Kini, saya memiliki bangunan kedai kecil dilengkapi pelbagai kemudahan seperti peralatan memasak, kamera litar tertutup (CCTV) dan ruang makan, selain lorong pandu lalu. Sebelum ini, saya memasak sendiri takoyaki tetapi sekarang ada dua pekerja membantu,” katanya kepada BH.

Graduan dalam bidang Sains Geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau memilih perniagaan itu kerana takoyaki adalah makanan kegemarannya.

“Ketika memulakan perniagaan, tinjauan saya mendapati belum ada yang menjual makanan ini di sekitar Papar. Malah, konsep kedai pandu lalu di luar Kota Kinabalu agak kurang pada waktu itu.

“Sebagai peniaga, kita harus lebih kreatif dan berani melakukan inovasi supaya dapat menarik pelanggan. Pada masa sama, perlu menjaga kualiti produk demi memenuhi kepuasan pelanggan,” katanya yang juga anak sulung daripada enam beradik.


Herman Shah belajar membuat takoyaki melalui YouTube sebelum mengubah suainya untuk menepati cita rasa masyarakat tempatan, manakala sos digunakan juga resipi sendiri yang diperbuat daripada bahan organik.

Beliau bersyukur perniagaannya mendapat sambutan sangat menggalakkan, termasuk dalam kalangan pelancong asing.

“Satu set mengandungi empat biji takoyaki yang jual pada harga RM3.90, manakala tiga set berharga RM11 dan set keluarga dengan 40 biji takoyaki pula RM33.

“Antara perisa takoyaki yang dijual ialah sotong, ayam dan ketam. Namun, takoyaki perisa sotong paling banyak mendapat permintaan pelanggan. Kami juga menjual minuman, termasuk air kelapa, selain aiskrim dan burger,” katanya.

Beliau berkata, Xpress Takoyaki yang turut menerima tempahan untuk sebarang majlis, kini diurus dan dipantau sepenuh oleh adik perempuannya, Noraini. -BH ONLINE

Kategori