Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tutup MAPS: Pelaburan RM500...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan...

SPWINDS Berganding Dengan Jamal,...

CYBERJAYA -  Orkestra Seri Puteri Symphonic Winds (SPWINDS) julung kali akan menganjurkan Konsert...

Mayat Tanpa Identiti Ditemui...

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung sekitar perairan Pulau...

Inovasi Penjagaan Kesihatan Penting,...

KUALA LUMPUR - Inovasi dalam penjagaan kesihatan bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia...

Tauliah Khas Kawal Lambakan Penceramah Agama

KUALA LUMPUR – Pertauliahan khas yang dikeluarkan jabatan agama Islam di setiap negeri masih relevan dalam mengekang ‘lambakan’ penceramah bebas dalam menyampaikan ceramah agama di mana-mana platform termasuk media sosial, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd Wahid.

Tegas beliau, individu yang tidak memiliki tauliah khas sebagai penceramah agama adalah dilarang daripada menyampaikan ceramah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, terdapat peraturan khusus berhubung perkara itu yang dikuatkuasa di setiap negeri bagi mengekang individu tidak mempunyai tauliah dalam menyampaikan ceramah agama bagi mengelak timbulnya sebarang kekeliruan.

“Kita bukan untuk menyekat orang berdakwah tetapi adalah lebih baik seorang penceramah itu mempunyai tauliah khas kerana kita yakin, mereka adalah orang berpandangan akidahnya ahli Sunnah Wal Jamaah dan bukan bidaah (pembaharuan dalam hal ehwal agama, ada yang baik dan ada yang tidak baik),” katanya kepada Bernama.

Mohd. Tamyes berkata, dalam mengekang ‘lambakan’ penceramah bebas itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan melaporkan sebarang aktiviti ceramah agama daripada penceramah yang tidak bertauliah dan boleh melakukan semakan senarai penceramah bertauliah dalam laman web jabatan agama Islam negeri masing-masing. – BERNAMA

Kategori