Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Johor Tubuh Pasukan Tindakan,...

JOHOR BAHARU - Kerajaan Johor bersetuju menubuhkan Pasukan Tindakan Kebersihan, yang berfungsi untuk...

Sibu Pintu Masuk, Pusat...

SIBU - Meskipun jauh dari kawasan sempadan dengan negara lain, Sibu didapati menjadi...

Ahmad Faizal Angkat Sumpah...

KUALA KANGSAR - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengangkat sumpah jawatan...

Inflasi: Agak Rugi Kerajaan...

DARI FB NAJIBBULAN lepas, saya beri amaran bahawa kadar inflasi akan mencanak naik...

Tommy Thomas Mahu Prosiding Rayuan Najib Disegera

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Rayuan mempercepatkan pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Razak berhubung tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas bagi pihak pendakwa raya memberitahu, pihaknya akan menulis surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop berhubung perkara itu.

Thomas berkata, pihaknya tidak mahu melangkah-lengahkan kes tersebut dan permohonan itu akan difailkan tengah hari ini.

“Kami berharap perbicaraan kes jenayah itu boleh didengar selepas 22 Februari ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau memohon supaya perbicaraan yang ditetapkan hari ini dilapangkan, tetapi tarikh pada 25 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac dikekalkan.

“Kami yakin rayuan oleh tertuduh di Mahkamah Rayuan boleh diputuskan sebelum tarikh itu (25 Februari),” tambahnya.


Beliau sebelum itu memaklumkan kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan Najib menangguhkan sementara perbicaraan kes berkenaan sehingga rayuannya diputuskan.

Najib memfaikan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kesnya pada 8 Februari lalu bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan persoalan sama ada pihak pendakwaan boleh menarik balik sijil pindah kes itu bagi tuduhan berkenaan, sebelum perbicaraan kesnya bermula. – Sinar Harian

Kategori