Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

‘Beribu Ikan Bandaraya Ditangkap...

BANGI - Operasi memburu ikan asing di denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat dekat...

4 ‘Superman’ Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Empat remaja termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan dalam Operasi...

Annuar Musa Dicalon Tanding...

KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa dicalon untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan...

Johor Lulus Pindaan Kelayakan...

ISKANDAR PUTERI : Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini, meluluskan pindaan Enakmen...

Tun Mahathir Puji Sistem Jualan Tiket TBS

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu terminal bas lain di negara ini mencontohi sistem Jualan Tiket Berpusat (CTS) yang diguna pakai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sejak ia mula beroperasi pada 2011.

Perdana Menteri, yang turut memuji keberkesanan sistem itu berkata, pada masa sama, ia dapat meningkatkan mutu industri pengangkutan awam di negara ini terutamanya perkhidmatan bas.

“Saya dapati ramai pengguna di sini selesa. Perkhidmatan yang ada di sini bagus. Tapi saya fikir stesen bas seperti ini perlu ada di tempat lain juga.

“Model (sistem) stesen ini boleh juga digunakan di seluruh Malaysia. Mungkin stesen lain kecil tetapi sistem yang ada di sini (TBS) cukup baik,” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut ke TBS bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.

Dr. Mahathir, yang berada hampir sejam di terminal bersepadu itu untuk meninjau operasi, turut meluangkan masa bertemu orang ramai yang menggunakan perkhidmatan di terminal itu serta mengunjungi kedai nasi kandar di Aras 4 TBS. – BERNAMA

Kategori