Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemain Bola Sepak Honduras...

PEMAIN bola sepak kebangsaan Honduras, Arnold Peralta, 26, ditembak mati di lot parking...

Anak Lembu Satu Mata...

KOLKATA - Sekumpulan penduduk di beberapa perkampungan sekitar daerah Bardhaman, Bengal Barat di...

Phelps, Katie Cipta Kembali...

GENAP 10 tahun lepas, si comel Katie Ledecky yang berusia sembilan tahun teruja...

Tiga Kolam Gunung Inas...

ALOR SETAR : Tiga kolam takungan air di ladang durian Musang King di...

Wanita Lahir Kembar Tujuh Secara Normal

BAGHDAD – Seorang wanita berumur 25 tahun dilaporkan berada dalam keadaan sihat selepas me­lahirkan bayi kembar tujuh secara normal di sebuah hospital di wilayah Diyali, timur Iraq baru-baru ini.

Identiti ibu muda itu belum didedahkan kepada umum dan kelahiran bayi kembar tujuh di Hospital Al Batoul itu adalah yang pertama di Iraq.

Seorang jurucakap Jabatan Kesihatan tempatan di sini, Firas Al Izzawi mengesahkan enam bayi perempuan dan seorang bayi lelaki bersama ibu mereka berada dalam keadaan sihat.

Bapa kembar tujuh itu, Youssef Fadl menyatakan dia dan isteri sebenarnya tidak mempunyai rancangan untuk menambah bilangan anak.

Mereka kini sudah mempunyai seramai 10 orang anak.


Sebelum ini, media-media tempatan melaporkan seorang wanita melahirkan bayi kembar enam, masing-masing tiga lelaki dan perempuan di Hospital Universiti Saint George di Lebanon.

Kembar enam pertama dunia yang masih hidup sehingga kini ialah anak kepada pasangan Kenny dan Bobbi McCaughey di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat.

Kembar itu dilahirkan pada tahun 1997 dan baru-baru ini meraikan sambutan kelahiran yang ke-21 tahun. – Agensi

Kategori