Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tragik, Wanita Maut Akibat...

Tran Thi Yen Nhung bercita-cita untuk menjadi seorang artis namun impian berkenaan tidak...

Timbalan Menteri Dakwa Kopitiam...

BUKAN tak biasa kita mendengar kes-kes objek jijik ditemui dalam makanan atau minumanƃā€šĆ‚Ā sebelum...

NovelPlus Catat Premium 10...

KUALA LUMPUR - NovelPlus Technology Bhd (NTB atau Kumpulan), berjaya meraih premium 10...

Hubungan Baik Media Untungkan...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hubungan baik...

Wanita Tertua Dunia Meninggal Dunia Ketika Berdoa

BRATSKOE – Seorang wanita yang dipercayai pihak berkuasa Russia sebagai manusia tertua di dunia meninggal dunia, ketika sedang berdoa.

Koku Istambulova adalah mangsa terselamat daripada kekejaman Stalin terhadap penduduk Republik Chechnya, beliau sepatutnya mencapai usia 130 tahun, Jun depan, menurut rekod yang disahkan tabung persaraan negara itu.

Beliau lebih tua berbanding seorang wanita yang disenaraikan dalam Russian Book of Records yang meninggal bulan lalu pada usia 128 tahun, menurut pihak berkuasa.

Koku menjadi perhatian, tahun lalu, selepas berkata, sepanjang usianya yang panjang hanya sehari sahaja beliau gembira iaitu ketika masuk ke rumah yang dibina sendiri sekembalinya dari buangan di Kazakhstan.

Cucu lelaki beliau, Iliyas Abubakarov berkata, beliau menikmati makan malam seperti biasa pada 27 Januari lalu di kampung asalnya di Republik Chechnya.

ā€œBeliau bergurau, bercakap. Tiba-tiba menjadi tidak sihat dan mengadu sakit dada. Kami memanggil doktor dan dimaklumkan tekanan darah beliau turun.

ā€œDoktor memberikan suntikan. Namun, mereka gagal menyelamatkan beliau. Tidak lama kemudian beliau meninggal secara senyap, dalam keadaan sedar sepenuhnya dan sedang berdoa,ā€ kata Iliyas.


Jenazah Koku dikebumikan di kampung asalnya di Bratskoe. Ahli keluarga beliau yang masih hidup termasuk lima cucu dan 16 cicit.

Koku yang beragama Islam dilahirkan sebelum Tsar terakhir Nicholas II dimahkotakan, beliau mengatasi satu generasi Kesatuan Soviet, menurut satu pasport Russia miliknya.

Difahamkan, tarikh lahir beliau adalah 1 Jun 1889, ketika Ratu Victoria memerintah Britain. Namun, pasport beliau hanya menyatakan tahun kelahiran tanpa maklumat hari atau bulan apa. – Agensi/DailyMail

Kategori