Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mini Karnival Ibu Tunggal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal menganjurkan Mini Karnival Ibu Tunggal...

Mahasiswa KBGUM Hadiri Sesi...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) dibenar untuk menghadiri dan...

Anwar ‘Time Over’ Apa?

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

Mak Nyah Mati Dibelasah...

KLANG - Seorang mak nyah yang mati dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul...

Warisan Harap Bersatu Tidak Masuk Sabah

PARTI Warisan Sabah (Warisan) mengulangi harapan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat mengotakan katanya untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah atas dasar “perjanjian adik beradik” yang dicapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kedua-dua pihak sudah berpakat dan sebelum ini Bersatu menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan untuk parti itu berada di Sabah berikutan kewujudan Warisan.

Menurutnya, harapan tersebut telah dibincangkan kepada pucuk pimpinan teratas di pusat agar kemasukan Bersatu ke Sabah tidak berlaku.

“Kalau mengimbau sokongan kaum bumiputera Sabah terhadap Warisan dengan kerjasama Pakatan Harapan negeri adalah cukup besar.

Kerana (kerjasama itu) daripada pantai barat kita menang di parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) termasuk Papar, Putatan, Penampang, Karambunai dan Sepanggar manakala kita menang besar di pantai timur Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sempena Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor yang menegaskan Bersatu akan melebarkan sayap ke Sabah tidak lama lagi.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata harapannya itu turut diluahkan kepada pimpinan Pakatan Harapan di peringkat negeri supaya kerjasama itu dapat dikekalkan.


“Saya sedar dan tahu Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu sudah lama di Sabah serta parti ini untuk kaum Tionghua, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebuah parti pelbagai kaum dan kita memerlukan kerjasama mereka untuk kepentingan penduduk majmuk negeri ini,” katanya.

Semalam Hajiji dalam satu laporan berita memberi jaminan bahawa Bersatu akan masuk ke Sabah tidak lama lagi.

Menurut Hajiji, buat masa ini semua bekas pemimpin UMNO yang masih berstatus ADUN Bebas tidak akan kembali menyertai UMNO dan pada masa sama tetap meneruskan kerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) tanpa sebarang masalah.

Pada Disember lalu, Hajiji selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO pada ketika itu bertindak keluar parti bersama 13 lagi wakil rakyat dan 21 ketua bahagian sekali gus kesemua wakil rakyat mengisytiharkan mereka menjadi ahli politik bebas. – BERNAMA

Kategori