Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Sedihnya… Kurus Kering Kebuluran

SANAA - Gambar menyayat hati tersebar di Internet menunjukkan seorang budak perempuan berusia...

10 Koperasi Terengganu Sertai...

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila...

Rizab Antarabangsa BNM US$103.7...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$103.7 billon...

Peniaga Maut Kereta Dipandu...

BUKIT MERTAJAM - Seorang peniaga maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah treler...

Zakar Cedera, Lelaki Serik, Mahu Lebih ‘Lembut’

SEORANG lelaki mahu lebih berhati-hati semasa melakukan hubungan seks selepas mengalami kecederaan alat sulit.

Sean Marsden, 48, berkata dia mendengar bunyi ‘crack’ sebelum merasakan kesakitan yang teramat ketika sedang melakukan hubungan seks dengan kekasihnya.

Marsden berkata zakarnya membengkak kepada ‘saiz sebotol wain’ tidak lama kemudian sebelum mendapat tahu ia mengalami kecederaan otot dan uretranya koyak.

Doktor di Hospital Royal Shrewsbury, UK memberinya morfin untuk mengurangkan kesakitan dan memberitahunya bahawa dia harus mengelak hubungan seks selama sebulan.

Bagaimanapun lelaki itu berkata kesakitan itu dialaminya hanya selama tiga minggu.

“Saya pasti akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Perlu lebih ‘lembut’ kerana saya tak mampu menahannya jika ia berlaku lagi,” katanya.

Dia menggambarkan bagaimana dia tidak dapat berjalan dengan betul selepas kemalangan itu yang berlaku semasa dia ‘bersama’ kekasihnya, Louise Gray, 36.

Pada masa itu Marsden tahu ada sesuatu yang tak kena dan terus mendail 999.

Doktor membuat pengesanan dan memberitahunya bahawa ototnya cedera sebelum membenarkan dia keluar hospital pada hari berikutnya.

Dia perlu memakai kateter sementara, diberikan ubat tahan sakit, dan rod plastik dipasang di bahagian zakarnya yang dibalut.

Katanya, sebelum ini dia mempunyai keinginan seks yang tinggi tetapi memikirkan tentang kemalangan itu, dia berasa mual.


Bercerita lanjut lelaki itu berkata dia hanya melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya sebanyak dua kali sejak insiden itu, satu pengurangan yang besar berbanding sebelum ini yang mana dia melakukannya hampir setiap hari.

Walaupun dia dijangka akan pulih sepenuhnya, Marseden berkata dia tidak pasti jika kecederaannya itu akan menyebabkan dia mandul.

“Saya takut untuk mengetahui kebenaran kerana saya mahu mempunyai anak dengan Louise.

“Saya tak pasti bila saya akan mengetahuinya. Saya perlu tunggu sehingga saya kembali ke hospital untuk mengetahui lebih lanjut.

“Saya sangat sedih. Saya tak fikir ia akan berlaku tetapi segalanya tak mustahil,” katanya.

Dalam insiden serupa pada tahun 2016, seorang lelaki dari Gillingham, Kent, cedera zakar ketika bersama dengan kekasihnya.

Dia akhirnya perlu disunatkan dan dihalang daripada melakukan seks selama enam minggu. – MetroUK

  • Lagi berita berkaitan:
  • seks

Kategori