Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Najib Gesa Putin Bantu...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Presiden Rusia Vladimir...

Malaysia Kutuk Tindakan Israel...

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera laut Israel pada...

Pergaduhan Di Stadium Bandaraya,...

GEORGE TOWN: Polis menahan seramai tujuh lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 38...

Amaran Ribut Petir Hampir...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hampir...

Zakar Terpaksa Dibedah, Gara-Gara 39 Bola Magnet

SEORANG budak lelaki 12 tahun berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan 39 bola magnetik daripada kemaluannya.

Dia yang berasal dari Wuhan di wilayah Hubei, China itu dilaporkan memasukkan bola-bola tersebut kerana perasaan ingin tahu.

KanKan News melaporkan mangsa dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan pada 13 Januari lalu, dan doktor memberitahu dia menelan beberapa benda asing.

Bagaimanapun, pakar urologi hospital itu, Dr. Wang Jun terkejut dengan penemuan 39 biji bola tersekat di dalam saluran kencing kanak-kanak itu.

Mangsa kemudian memberitahu doktor bahwa dia telah memasukan bola besi ke dalam kemaluannya.

Doktor berkata: “Budak itu memberitahu dia mempunyai perasaan ingin tahu, lalu memasukkan bola-bola berkenaan ke dalam kemaluannya.”

Imbasan Sinar-X menunjukkan terdapat deretan bola kecil magnetik seperti bentuk ‘U’.


Pegawai perubatan menjalankan pembedahan secara minimum bagi mengeluarkan bola-bola tersebut.

Bercakap kepada KanKan News, Dr. Wang berkata: “Tidak mustahil untuk mengeluarkan bola-bola magnetik itu. Deretan bola-bola itu akan berubah sekiranya anda keluarkan ia dalam saluran itu.”

Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan dapat membuang air semula, dan sedang dirawat di hospital. – Mirror UK

Kategori