Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anwar Raikan Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana...

Wanita Tertua Malaysia Meninggal...

REMBAU - Safiah Ujang, yang dipercayai wanita tertua di Malaysia, meninggal dunia pada...

Sindiket Proses Arak Tiruan...

KLANG - Polis berjaya mematahkan satu sindiket pemprosesan arak tiruan yang beroperasi di...

RUU Persendirian Yang Dibawa...

KUALA LUMPUR - Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah...

3 Termasuk Warga Singapura Didakwa Lupus Sisa Toksik

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori dan dua pe­ngarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuang dan bersubahat melupuskan bahan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tertuduh, N. Maridass, 35, Yap Yoke Liang, 42, dan seorang warganegara Singapura, Wang Jing Choa, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Mengikut pertuduhan, Maridass didakwa melupuskan buangan terjadual di bawah Kod SW311 iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak seperti dalam senarai Jadual Pertama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Buangan Terjadual) 2005 ke dalam Sungai Kim Kim.

Manakala Yoke Liang dan Jing Choa dituduh bersama-sama bersubahat dengan Maridass melakukan perbuatan tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kesemua mereka menggunakan lori jenis Mitsubishi Semi Treler M/Sawit tanpa mendapat apa-apa kelulusan bertulis daripada Ketua Pe­ngarah Kualiti Alam Sekeliling.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan tapak projek pelebaran jambatan Su­ngai Kim Kim, Jalan Kota Masai 1, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu antara 12 tengah malam hingga 1 pagi.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 34B(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34B(4) akta sama, manakala pendakwaan terhadap dua pengarah syarikat itu juga dibaca bersama Seksyen 42 akta yang sama.

Mereka berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Asyraf Md. Kamal dan Maridass diwakili peguam be­la, Rathakrishna ma­nakala peguam G. Subramanium mewakili Yoke Liang dan Jing Choa.

Yoke Liang dan Jing Choa berdepan 15 lagi pertuduhan di mahkamah sama pada petang ini.

Sementara itu, polis Johor sedang mengesan seorang pemilik kilang warga Singapura bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang, awal bulan ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, lelaki berusia lingku­ngan 30-an itu kini di­letakkan dalam senarai orang dikehendaki dan pihaknya telah memohon bantuan pihak berkuasa Singapura untuk menahan lelaki tersebut.

Bercakap dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini, beliau berkata, lapan daripada 11 individu ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah didapati tidak terbabit dalam insiden pencemaran bahan toksik di sungai ber­kenaan.

Kategori