Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mengapa Peneroka Perlu Dikorbankan,...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa peneroka dikorbankan susulan...

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP...

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian...

MBAS Tawar Rebat Cukai...

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan rebat cukai pintu kepada...

Polis Marin Gagalkan Aktiviti...

JOHOR BAHARU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan aktiviti penjualan mercun...

4 Didakwa Beri Rasuah Lindungi Pekerja Asing Pusat Urut

KUALA LUMPUR – Empat individu masing-masing dihadapkan di tiga Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan memberikan rasuah kepada pegawai imigresen bagi tujuan melindungi pekerja asing pusat urut, sejak Oktober tahun lalu.

Tertuduh Kam Wan Hung, 54, Tan Siant Yiang, 34, Pang Bak Long, 47, dan Wong Kok Chong, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayub, Azman Ahmad dan Azura Alwi.

Tertuduh Siant Yiang didakwa atas dua pertuduhan, Bak Long pula tiga pertuduhan manakala tertuduh Wan Hung dan Kok Chong pula masing-masing didakwa atas satu pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Siant Yiang didakwa secara rasuah memberikan suapan berjumlah masing-masing RM8,000 dan RM9,000 kepada individu bernama “Shafik” bagi pihak Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Putrajaya, Mohammed Yuzaiman Ahmad, 47, supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja asing di 22 buah premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sementara itu, tertuduh Wan Hung, Bak Long dan Kok Chong masing-masing didakwa
memberi suapan bernilai RM9,000, RM6,000 serta RM2,000 kepada individu sama dan bagi tujuan sama.

Kesemua suapan itu diberikan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/1963 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Kesemua perbuatan tersebut didakwa di sekitar bandar raya ini termasuk di Restoran Pappa Rich Taman Desa dan Restoran Starbucks, di sini antara 31 Oktober 2018 hingga 7 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap semua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi. – K! ONLINE

Kategori