Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Mentaliti Menang’ Pedoman Pemuda,...

KUALA LUMPUR - Mentaliti menang menjadi semboyan tiga sayap UMNO - Pemuda, Puteri...

Jangan Pecah Ban Untuk...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi amaran...

Nicol Bakal Bertemu Laura...

PEMAIN nombor satu dunia dari Malaysia Datuk Nicol Ann David mara ke separuh...

Kes Meruncing Punca PKP...

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga perlu dilaksanakan memandangkan kes COVID-19...

4 Didakwa Eksploitasi Seks 13 Wanita Warga Asing

JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan eksploitasi seks wanita warga asing bulan lalu.

Tertuduh, Tan Heng Wah, 44, Sech Chung Hing, 42, Liew Mee Yen, 40, dan Tan Wei Siong, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memperdagangkan 11 wanita warganegara Vietnam dan dua wanita Indonesia masing-masing berusia 31 hingga 38 tahun dengan tujuan eksploitasi seks ke atas mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kawasan pembinaan di Lot 2221 Jalan Tanjung Kupang, Gelang Patah, Iskandar Puteri di sini pada pukul 8.45 malam, 16 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu mereka dituduh mengikut 12 Akta Antipemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 15 tahun penjara dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkmamah.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norafiah Saini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Asram Zakaria.

Faiz menetapkan 25, 26 dan 27 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – K! ONLINE

Kategori