KES pembunuhan saban hari semakin menjadi topik biasa di mana-mana negara malah setiap hari pasti ada sahaja berita kes pembunuhan yang berlaku dilaporkan.
Bagi mangsa dan keluarga mangsa, sudah tentunya mereka mahukan individu yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada keluarga mereka dibawa ke muka pengadilan.
Namun ada kes-kes pembunuhan yang sehingga hari ini masih belum selesai.
Ada kes yang sudah hampir berpuluh tahun masih tiada petunjuk seperti motif dan siapa yang bertanggungjawab ke atas kes-kes tersebut.
Berikut 5 kes pembunuhan yang masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini.
1. Cleveland Torso Murderer
Dengar nama sahaja sudah boleh bayangkan macam mana seramnya kes ini.
The Cleveland Torso Murderer mendapat nama ini disebabkan cara dia membunuh mangsa-mangsa.
The Cleveland Torso Murderer akan membunuh mangsa kemudiannya memotong anggota badan mangsa.
Kes ini bermula pada tahun 1930 di Cleveland, Ohio dan jumlah sebenar mangsa tidak dapat disahkan namun dianggarkan 12 ke 20 orang menjadi mangsa.
The Cleveland Torso Murderer sangat pandai mencari mangsa.
Untuk mengelakkan dia dikesan oleh polis, semua mangsanya adalah orang gelandangan yang tidak mempunyai keluarga mahupun kad pengenalan.
Ini membuatkan polis sukar untuk mengenal pasti mangsa-mangsa The Cleveland Torso Murderer.
2. Rachael Runyan
Seperti kanak-kanak lain, Rachael Runyan dibenarkan bermain di taman permainan bersama kawan-kawan.
Namun satu hari ahli keluarga Rachael menyesal membenarkan anak perempuan mereka keluar bermain kerana hari itu merupakan hari terakhir mereka melihat anak mereka.
Rachael Runyan yang baru sahaja berusia 3 tahun ketika kejadian itu diculik oleh seorang lelaki pada 26 Ogos 1982 dan mayatnya telah dijumpai 24 hari selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian dan telah diikat dan dicampak didalam sungai.
Kes Rachael Runyan telah dikaitkan dengan kumpulan ajaran sesat dan satu-satunya petunjuk yang polis jumpa adalah satu pesanan yang telah ditulis pada tandas tidak jauh daripada tempat Racheal diculik.
“Beware im still at large, I killed the little runyan girl! Remember beware! (Berhati-hatilah, masih banyak, saya membunuh gadis kecil yang sedikit! Ingat ingat!)”
Terdapat symbol 666 dan simbol salib terbalik yang sering dikaitkan dengan pemujaan syaitan.
3. Angie Housman
Kes Angie Housman ini telah berusia lebih dua dekad namun masih tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini.
Kanak-kanak yang berusia 9 tahun ini telah dibunuh dengan sangat kejam dan sehingga kini pembunuhnya masih tidak dapat dikenal pasti.
Angie Housman dalam perjalanan pulang daripada sekolah pada 18 November 1993 ketika itu bagaimanapun dilaporkan tidak pulang ke rumah.
Mayat Angie cuma dijumpai 9 hari selepas kes kehilangannya dilaporkan.
Dua hari sebelum mayat Angie dijumpai, seorang remaja lelaki yang cuma dikenali sebagai David menghadiri majlis kesyukuran dikawasan perumahannya dan dia telah terlihat iklan memberitahu tentang kehilangan Angie.
Selepas melihat iklan tersebut, David memberitahu orang-orang di majlis tersebut yang dia tahu dimana lokasi Angie.
Dia memberitahu mereka dia bermimpi melihat Angie dikawasan Busch Wildlife yang mana Angie diikat pada sebatang pokok.
Namun tiada seorang pun mempercayai apa yang David katakan.
Dua hari selepas itu, seorang pemburu telah memasuki kawasan Busch Wildlife dan dia telah menjumpai satu mayat yang diikat pada pokok sama seperti apa yang David katakan.
Setelah bedah siasat, pihak polis mengesahkan yang mayat tersebut adalah mayat Angie Housman.
David dan beberapa orang lain telah disoal siasat namun tiada satu bukti pun yang dapat dikaitkan dengan kes kehilangan Angie.
Dalam pada itu, Ahli keluarga David memberitahu yang mereka sekeluarga memang mempunyai satu kelebihan untuk mendapat petunjuk melalui mimpi.
Hasil bedah siasat menunjukan Angie dirogol, didera dan dibiarkan kelaparan sebelum diikat di pokok dan dibiarkan mati.
4. Blair Adams
Salah satu kes paling pelik adalah kes Blair Adams.
Blair yang berusia 31 tahun daripada Canada mula berkelakuan pelik beberapa hari sebelum bencana yang terjadi pada dirinya.
Dia dikatakan mula bersikap paranoid dan memberitahu ada orang mengekori dan cuba membunuh dia.
Pada 5 Julai 1996, Blair telah mengeluarkan semua duit simpanannya dan juga barang-barang berharganya dan cuba untuk memandu keluar daripada sempadan Kanada.
Namun dia tidak dibenarkan keluar daripada Kanada kerana membawa duit yang banyak dan pegawai border mengesyaki dia cuba menyeludup dadah ke Amerika Syarikat (AS).
Pada keesokannya, Blair telah pergi ke tempat kerjanya dan meletak jawatan secara mengejut.
Dia kemudiannya membeli tiket pergi balik ke Jerman namun mengambil keputusan untuk pulang balik tiket tersebut.
Sejurus itu dia menyewa satu kereta sewa dan cuba untuk memandu keluar daripada Kanada sekali lagi dan dia akhirnya berjaya.
Sampai sahaja di AS, dia membeli tiket pergi balik ke Washington DC dan menyewa satu motel disana.
12 jam selepas itu, mayat Blair telah dijumpai dalam keadaan tidak berseluar dan bajunya telah koyak.
Sekitar tubuh badan dia terdapat luka menandakan dia telah diserang.
Yang membuatkan polis keliru adalah semua duitnya yang bernilai USD4,000 dan barang-barang berharga dia berselerak di sekitar tubuh badannya.
Sehingga hari ini, kes ini masih menjadi kes paling pelik dan tidak dapat diselesaikan. – FMT