Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Sampai Tauliah...

TANJUNG MALIM - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan...

Empat Inisiatif Galak Lepasan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan empat inisiatif bagi memastikan golongan...

Gambar Bersama Pengapit Lelaki...

POTRET gambar sering menjadi idaman bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin, malah kenangan...

UMNO Bekerjasama Dengan PDRM...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa akan bekerjasama dengan Polis Diraja...

4 Pekerja Taman Tema Air Didakwa Pecah Amanah

ALOR GAJAH – Empat juru kaunter tiket di taman tema air A’Famosa Resort dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian RM100, 000 tahun lalu.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh, Farina Mohd Yusof, 24; S Lalitha, 27; Norlina Sulaiman, 35 dan Zainah Jenal, 42, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara bersama-sama sebagai jurukaunter tiket taman tema air A’Famosa membuat cetakan tiket pendua secara berulang kali dan menjual tiket tersebut tanpa pengetahuan serta kebenaran syarikat bernilai RM100,000.

Tindakan itu dilakukan kesemua tertuduh di kaunter tiket taman tema air A’Famosa di sini dari 1 hingga 30 April 2018.

Mereka didakwa mengikut Sesyen 408 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Zainal ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM30,000 terhadap setiap tertuduh.


Namun, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan menanggung ahli keluarga masing-masing.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 setiap tertuduh dan menetapkan tarikh 12 April ini bagi serahan dokumen serta sebutan semula kes. – Sinar Harian

Kategori