Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Dalam...

CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah...

Warisan Sejarah Tarikan Utama...

KUALA LUMPUR - "Menakjubkan, berlainan, hebat" - itu adalah antara pujian diterima daripada...

Beri Peluang Pasukan Petugas...

PUTRAJAYA - Beri kepercayaan dan peluang kepada Pasukan Petugas Khas berhubung dakwaan penyaluran...

Siasat Terperinci Kes Buli...

BALIK PULAU – Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Daerah Barat Daya...

40 Syahid Serangan Ke Atas 2 Masjid Di New Zealand

AGENSI berita BBC melaporkan, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden memberitahu bahawa setakat ini 40 kematian dilaporkan berlaku dalam dua serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch sekitar 1.40 tengahari waktu tempatan.

Sementara 20 lagi mangsa cedera parah.

Masjid yang terlibat adalah Masjid Al Noor di tengah Christchurch, berhadapan Hagley Park dan Masjid Linwood di Linwood Avenue.

Polis negara berkenaan mengesahkan setakat ini 3 lelaki dan seorang wanita termasuk seorang warganegara Australia telah ditahan bersabit serangan berkenaan.

Lelaki Australia berkulit putih berkenaan dikatakan seorang ekstremis berhaluan kanan dengan kecenderungan untuk bertindak ganas.

Kesemua mereka yang ditahan tidak pernah berada dalam senarai pemerhatian polis untuk sebarang aktiviti keganasan sebelum ini.

Arden menyifat kejadian hari ini sebagai waktu yang paling malang (darkest hours) untuk negara berkenaan.


Kesemua masjid diarahkan agar ditutup sementara berikutan kebimbangan lebih banyak serangan menyusul.

Serangan di Masjid Al Noor telah distrim secara langsung (dipercayai oleh penyerang) ke Facebook dan pihak berkuasa New Zealand kini sedang berusaha untuk membuang rakaman berkenaan daripada semua media sosial.

Seorang rakyat Malaysia juga diserang tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil kini.

Suruhanjaya Tinggi di New Zealand meminta rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu dan memerlukan bantuan agar menghubungi mereka di talian +64210440188 atau [email protected]. – Mynewshub.TV

Kategori