Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

30 Terperangkap Akibat Tanah...

MANILA – Pasukan penyelamat Filipina berusaha mengeluarkan sekurang-kurangnya 30 orang yang tertimbus di...

Erdogan Rancang Perbincangan Dengan...

ANKARA - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, merancang untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin...

4 ADUN Bersatu Sokong...

SHAH ALAM - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu...

Sembilan Pasar Tani Kekal...

KULIM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini dalam rangka perancangan menyiapkan sembilan...

9 Mei Keputusan Hadanah 2 Budak Malang Tragedi DUKE

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menetapkan 9 Mei depan bagi keputusan hadanah (hak penjagaan) dua kanak-kanak, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 11, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 8, yang kematian ibu bapa dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada Mei 2015.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Mahyuddin Md. Zahari yang mewakili ibu saudara kanak-kanak itu, Yusnidah Hussain selaku plaintif selepas sebutan kes itu dalam kamar di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Hadi Ahmad.

Mahyuddin ketika ditemui selepas prosiding berkata penangguhan keputusan itu adalah disebabkan pertukaran Hakim Syarie yang akan mendengar dan membuat keputusan kes tersebut.

“Tarikh baru itu bagi membolehkan Hakim Syarie yang baharu meneliti semua dokumen berkaitan kes secara teliti.

“Selain pertukaran Hakim, keputusan itu belum dapat dibuat apabila sebelum ini terdapat semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan Syariah yang difailkan nenek dua kanak-kanak itu dan mahkamah kemudian telah menolak rayuan tersebut pada 15 Februari lalu,” katanya.

Berikutan itu, Mahyuddin berkata mahkamah menetapkan 9 Mei depan untuk keputusan kes dan pada tarikh sama dua kanak-kanak itu akan memberi ketarangan.


Pada 22 Mac tahun lalu, nenek kepada dua kanak-kanak itu, Wirda Syamsuddin, 56, telah memfailkan notis permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah kerana tidak bersetuju dengan keputusan hakim untuk memanggil dua kanak-kanak tersebut memberi keterangan.

Permohonan itu dibuat selepas pihak defendan bimbang wujudnya bias (berat sebelah) sekiranya kanak-kanak itu memberi keterangan memandangkan mereka kini dalam jagaan sementara ibu saudara mereka.

Dalam prosiding itu, Wirda diwakili peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff. – K! ONLINE

Kategori