Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Perabut Dijumpai...

PASIR PUTEH - Seorang pekerja kilang perabut Mohd Suhaimi Abdul Hadi, 47, yang...

Subaru Forester STi, Beberapa...

Subaru telah mendedahkan beberapa imej teaser yang menggambarkan model 2015 Forester STi yang...

Budak Terperangkap 17 Jam...

ROM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya ditarik keluar hidup-hidup dari...

Guru Taska, Prasekolah Wajib...

KOTA BAHARU - Guru yang mengajar di pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah akan...

Adib Cedera Bukan Akibat Ditumbuk, Ditendang

SHAH ALAM – Pakar forensik, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi berkata, kecederaan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak sepadan ditumbuk atau ditendang, tetapi disebabkan impak terlanggar pintu kiri van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Saksi yang bertugas di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur itu tidak menolak kemungkinan Adib mengalami kecederaan itu akibat terhimpit 2 permukaan keras.

“Corak kecederaan pada jasad mayat bukan kecederaan yang sering atau biasa dilihat akibat dipukul objek tumpul atau ditendang dan ditumbuk kerana tidak ada kecederaan lain di bahagian muka dan bawah badan.

“Berdasarkan maklumat yang saya dapat, Adib tidak ada dalam EMRS. Kemungkinan yang paling boleh berlaku pada hari kejadian adalah si mati berada di luar kenderaan EMRS. Si mati dalam keadaan berdiri dan menghadap ke arah belakang, membelakangi trak bomba.

“Bahagian kiri si mati menerima impak hentaman dari hujung belakang pintu sisi kiri depan kenderaan EMRS yang terbuka dan kenderaan dalam pergerakan mengundur hingga mengakibatkan kepatahan pada bahagian belakang rusuk kiri ke-1 hingga ke-7,” kata saksi ke-24 dalam inkues menentukan punca kematian Adib yang masuk hari ke-16.

Hafizam berkata, bahagian hujung pintu depan sebelah kiri EMRS yang keras, nipis dan menegak sepadan kecederaan menegak pada tulang rusuk kiri belakang Adib.

Katanya, impak dilanggar pintu depan sebelah kiri EMRS menyebabkan Adib condong ke depan dan jatuh dalam keadaan tangan terangkat ke depan dan rusuk kanannya terhentak.

Bukan itu sahaja, terdapat kemungkinan dada Adib bergeser pada permukaan keras dan menonjol di bahu jalan atau sebarang struktur keras.

“Calar pada belakang lengan kanan bawah, calar pada belakang siku kiri dan calar pada lutut kanan berpadanan kecederaan akibat geseran pada permukaan keras kerana jatuh.”

Hafizam berkata, tulang rusuk kiri di belakang Adib patah sepenuhnya disebabkan “manipulasi” sewaktu dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya dan Institut Jantung Negara.

“Maksudnya, kepatahan itu semakin teruk sewaktu rawatan. Semua rawatan tertumpu di bahagian tulang rusuk kanan.

“Akibatnya, berat akan tertumpu pula di bahagian kiri badan dan akhirnya menyebabkan kepatahan penuh di bahagian belakang tulang rusuk kiri, di tulang rusuk ke-3 hingga tulang rusuk ke-7.”


Katanya, sebarang tindakan menggerakkan Adib ketika mendapatkan rawatan akan menyebabkan tulang rusuk yang separa patah, patah sepenuhnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Dr. Mohamed Ezani Md Taib menggunakan dumbel untuk sesi fisioterapi Adib.

Ezani memberi keterangan kepada inkues bulan lalu berkata, otot Adib perlu dilatih, tetapi berdasarkan kemampuan fizikalnya.

Hari ini, Hafizam berkata, beliau tidak dapat melihat kesan patah pada tulang rusuk belakang Adib menerusi imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dibuat SJMC, sebaliknya hanya mengesannya ketika melakukan bedah siasat.

Terdahulu, Hafizam dilaporkan berkata, CT Scan mendapati tulang rusuk ke-2 hingga ke-5 Adib patah, manakala laporan bedah siasat menunjukkan paru-paru kanan Adib tertusuk hujung tulang rusuk ke-4 dan ke-5 yang patah.

Katanya, CT Scan turut menunjukkan tulang rusuk kanan bahagian depan, iaitu tulang rusuk ke-3 patah di 3 tempat, manakala tulang rusuk ke-4 patah di 2 tempat.

Adib, 24, yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Beliau meninggal dunia pada 17 Disember lalu, 3 minggu selepas dirawat di IJN. – FMT

Kategori