Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Bernasib Malang Dilanggar...

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang wanita apabila dilanggar dua kali...

Pesuruhjaya PAS Sarawak Meninggal...

KUCHING - Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid, 66, meninggal dunia pada 3.20 pagi...

Alahai Atuk M… Kasihanilah...

VIDEO klip drama pendek Harapan/Kasihanilah Atuk yang tersebar pada 28 April bukan sahaja...

Google Dedahkan Prototaip Kereta...

MUNGKIN teknologi kereta tanpa pemandu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.Google pada awal...

Agong Berkenan Lawat Majlis Ugama Islam Sabah

KOTA KINABALU – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah tiba di MUIS pada pukul 9.55 pagi dan turut mengiringi keberangkatan Baginda ialah Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dimulakan dengan sesi taklimat disampaikan oleh Yang Dipertua MUIS, Datuk Dr. Hasbullah Taha dan diikuti acara santapan. Baginda meluangkan masa selama sejam di MUIS dan selepas acara santapan Al-Sultan Abdullah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri, Kota Kinabalu.

Hari ini dalam majlis berasingan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berangkat melawat Galeri Artisan iaitu Galeri Batik Sabah pada 10 pagi di Menara Tun Mustapha, Jalan Sulaman.

Kategori