Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tipu Pelanggan Bisu &...

KUALA LUMPUR - Akibat menipu pelanggan yang bisu dan pekak dalam urusan jualan...

Lima Lagi Insiden Tanah...

KUALA LUMPUR: Lima lagi insiden tanah runtuh direkodkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)...

Lantik Orang Kompeten Jaga...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Tenaga menasihatkan semua pemilik premis yang guna pepasangan voltan...

TMT 2017: MAH Sasar...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Terengganu (MAH) menyasarkan lebih lima juta...

Agong Solat Jumaat Bersama PM, Menteri

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan solat Jumaat bersama anggota Kabinet beragama Islam di Surau Utama Istana Negara di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 1.20 tengah hari diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Antara anggota Kabinet yang hadir menunaikan solat Jumaat ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta orang ramai.

Khutbah bertajuk ‘Mahalnya Sebuah Keamanan’ disampaikan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang turut mengimamkan solat.

Dalam khutbah itu, Syaikh Ismail menarik perhatian bahawa Malaysia amat bertuah kerana berada dalam keadaan aman dan sejahtera berbanding beberapa negara lain yang terpalit dengan konflik dan peperangan.

“Bukan mudah untuk kita berada dalam situasi sebaik ini. Keamanan adalah satu nikmat yang amat berharga dan didambai setiap manusia,” katanya.


Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya menggunakan kemudahan media sosial dengan bertanggungjawab agar tidak mencetuskan ketegangan dan huru-hara atau menanam sifat kebencian sesama sendiri.

Jemaah kemudian turut bersama mendoakan agar mereka yang terjejas susulan insiden pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor untuk segera pulih dan kualiti udara kembali seperti sedia kala.

Selesai solat, Al-Sultan Abdullah berkenaan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama jemaah di Dewan Santapan Utama yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kategori