Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Air Di Johor...

NUSAJAYA - Pembinaan Baraj Sungai Johor yang dijangka siap selewat-lewatnya Mei tahun depan,...

300Kg ‘Ice’ Dalam Ratusan...

BANGKOK – Polis Thai terkejut apabila mereka menemukan 300kg “Ice” (Methaphetamine kristal) disorokkan...

Garis Panduan Solat Ketika...

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia berada pada fasa akhir untuk menerbitkan Garis...

Dua Jam Dengan Hasil...

SHAH ALAM - Belum sempat merasai hasil samun, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai...

Agong Titah Beri Perhatian Tuntutan, Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pemimpin negara perlu mendengar dan mengambil kira tuntutan rakyat semasa merangka sebarang dasar dan program untuk mereka.

Seri Paduka bertitah, ini kerana rakyat kini mahukan sebuah kerajaan bertanggungjawab yang mendengar pandangan dan aspirasi mereka.

“Rakyat hari ini bukan sahaja mahukan pembangunan bahkan sebuah kerajaan yang bersih, telus, bertanggungjawab serta mendaulatkan undang-undang untuk membawa negara ke tahap lebih baik,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut berangkat ke istiadat pembukaan itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Yang di-Pertuan Agong turut mahu rasuah terus diperangi kerana gejala itu membebankan rakyat dan meruntuhkan asas sesebuah negara.

Kategori