Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bank Dunia: Pertumbuhan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Malaysia masih menikmati pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan mempunyai ekonomi...

KDN Terima 8,418 Permohonan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri menerima 8,418 permohonan Program Penggajian dan Penempatan Semula...

Johan As’ari Pelik Tidak...

SEKARANG sudah jadi macam trend pula semasa bulan Ramadhan apabila orang ramai termasuk...

Lelaki Ini Dah Bosan...

JIKA diperhatikan semakin ramai orang di luar sana suka 'memviralkan' sesuatu perkara itu...

Ahli Keluarga Nahas MH370 Gesa Kerajaan Lebih Serius

AHLI keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak lima tahun lalu menggesa kerajaan supaya bersifat lebih proaktif dan menunjukkan komitmen yang lebih serius selepas Kementerian Pengangkutan memberi bayangan yang pencarian baharu akan dilakukan.

K.S. Narendran yang kehilangan isterinya dalam pesawat itu berkata, kerajaan tidak boleh melekat dengan ‘sikap pasif’ sebaliknya perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya ke arah meneroka pencarian baharu.

Bercakap kepada The Guardian Australia, Narendran yang menyambut baik perkara itu berkata, bagaimanapun dia mahu melihat kerajaan mengambil langkah drastik dan serius.

“Saya bermotivasi dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity yang mungkin mempunyai teknologi baharu bagi membantu misi pencarian MH370 itu,” katanya.

Ahad lalu, Anthony Loke ketika bercakap pada majlis ulang tahun bagi memperingati tragedi MH370 yang kini memasuki tahun kelima itu berkata, pencarian pesawat MH370 akan diaktifkan semula jika kerajaan menerima cadangan khusus dan bukti kukuh daripada mana-mana pihak berkaitan selain meneliti perjanjian dengan Ocean Infinity. – Agensi

Kategori