Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tip Untuk ‘Anak Bersunat’...

SUDAH menjadi budaya negara ini, mula sahaja musim cuti persekolahan, maka ramailah ibu...

Kerajaan Hargai Kartunis, Umum...

KUALA LUMPUR - Para kartunis dan pengkarya animasi di negara ini  menerima khabar...

Kelantan Terima RM400 Juta...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menerima wang 'one-off' daripada Perdana Menteri, Tun Dr....

Keena Mahu ‘Letup’ Indonesia...

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang sering tampil dengan imej nakal, Keena Prasista, 29,...

Api Dalam Kawah Gergasi Tak Pernah Padam Sejak 1971

DISIFATKAN sebagai ‘pintu ke neraka’, kawah Darvaza di Turkmenistan dianggap sebagai salah satu lokasi yang menakutkan di dunia.

Visual terbaharu kawah itu dirakam menggunakan drone dan apa yang dipaparkan ternyata membuat ramai terlopong.

Cukup ngeri dan menakutkan, kawah berapi di gurun terbiar itu mempunyai kedalaman 30 meter dengan kelebaran 69 meter.

Ia terletak 150 kilometer dari ibu negara Turkmenistan, Ashgabat.

Api di kawah itu sentiasa menyala sejak 1971 dan turut menjadi lokasi tarikan pelancong yang mahu merasai pengalaman berada berdekatan kawah itu.

Mengikut sejarah, kawah itu dikorek oleh sekumpulan jurutera Soviet dalam misi pencarian sumber gas mereka, suatu ketika dahulu.


Risau jika gas berkenaan akan terlepas ke atmosfera, mereka menyalakan api dengan harapan ia akan lenyap dalam tempoh beberapa minggu.

Sangkaan mereka ternyata meleset kerana ia tidak pernah padam, sehingga hari ini. – Mirror

Kategori