Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 10 orang daripada dua...

Penjual Ikan Bilis Didakwa...

BUTTERWORTH - Seorang penjual ikan bilis didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini...

KBS Sasar 20,000 Peserta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasar penyertaan 20,000 peserta untuk...

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem...

Apple Bergelut, Permintaan Pasaran iPhone Merosot

PENGANALIS dari Wall Street memaklumkan pengeluar telefon pintar terkenal, Apple sedang bergelut gara-gara permintaan pasaran iPhone yang merosot.

Menurut beberapa penganalisis, permintaan terhadap gajet keluaran syarikat itu semakin berkurangan khususnya di negara China.

Ia susulan laporan terbaharu yang memaparkan jualan lemah Apple untuk suku pertama tahun ini.

“Biarpun harga dikurangkan, jualan Apple di China semakin lemah,” lapor Bloomberg.

Peka dengan kemerosotan jualan, Apple cuba mengalih perhatian kepada segmentasi servis mereka iaitu iCloud, iTunes, Apple TV dan App Store.

Malah, para pelabur juga sedar servis tersebut boleh membantu Apple untuk kembali bangkit.


Baru-baru ini, Apple mencatatkan pulangan AS410.8 bilion (RM44.1 bilion) untuk servis yang ditawarkan syarikat itu.

Apple juga dijangka memperkenalkan servis penstriman video baharu dan pelan langganan berita premium menerusi acara pada 25 Mac ini. – Daily Mail

Kategori